Sunday, February 27, 2011

Yesterday Journey

Seawal jam 7am (aku 'off day', jadi 7am tu dah awal tau :p), aku dikejutkan Ayah dengan berita yang Tok Wan masuk ICU semalam. Sepantas kilat aku bangun dan menyumpah diri sendiri kenapalah aku tak iron baju siap2 kelmarin. Sepatutnya baju dah diiron kelmarin sebab semalam, Sabtu, memang ada plan mahu pergi ke Jengka 24 to attend a wedding. Sedare belah mak jang aku punya anak kahwin (apa punya description da).

Dipendekkan cerita, jam 8.15am kami bertolak dari rumah dan sampai ke Hospital Bentong jam 9.30am. Rasa lega bila tengok Tok Wan dah dipindahkan ke wad biasa. Walaupun bukan masa melawat, kami dapat jugak masuk ke wad atas keprihatinan nurse di situ. Maklumlah,kami datang dari jauh dan ada hal lain. Kami melawat Tok Wan lebih kurang 15 minit sahaja sebab Tok Wan dibawa ke bilik X-Ray untuk xray ginjal. Kata doctor, nak check ginjal Tok Wan okay ke x. Tok Wan degil sikit, tak nak makan, tak nak minum, ginjal pun payah nak berfungsi lah kalau tak cukup air. Bila Tok Wan dibawa pergi, kami pun bergerak ke Kg. Sg Gapoi (rumah atok) untuk mengambil Mak Teh.

Jam 11 lebih bertolak dari rumah atok ke Jengka 24, aku ingatkan dekat!! Dengar macam dekat je dan setahu aku kalau Jengka 24 lagi dekat daripada Jengka 1 ke. Maknanya angka lagi besar lagi depan tempat tu, kalau angka lagi kecik, lagi jauh ke dalam tempat tu. Jalan punya jalan, akhirnya jam 1.30pm, kami sampai ke rumah pengantin. Itu pun sesat dalam Jengka 24 jugak. Ada blok2 pulak dalam Jengka 24. Aku baru tahu. Hehe.

Sampai je, pengantin sudah pun bersanding, tak ambik gambar dengan pengantin coz aku tak kenal. Makan2 , lepak2 dan terus balik. Ohh ya, tema wedding colour hitam dan oren. Pekat gler colour oren. Bagi aku, kombinasi colour tak berapa sesuai kot!! Hehe, Tapi, kalau hantaran dan bunga telur colour hitam, memang cantik!!

Jam 4 lebih baru bertolak pulang dari Jengka 24. Singgah di Temerloh minum petang, dan aku sangat2 tak selesa sebab sengugut!! Rasa nak baring je. Huhu.

Nak dijadikan cerita jugak, semalam kami sesat on the way balik ke rumah atok. Boleh kan sesat pulak. Haha. Ayah nak ikut jalan dalam, jalan yang dikelilingi oleh hutan lah, tup2 tak jumpa jalan, berpusing2 kami di Triang sampai akhirnya pergi ke Balai Polis tanya jalan. Hehe. Dan jam 7.50pm, sampai rumah atok. Lagi lama masa balik dari pergi, dan jam 9.15pm bertolak balik ke KL dan sampai rumah jam 11.20pm.

Sampai je rumah, on handset dan tengok ada mesej drpd Saba (GEMS) ajak g bowling hari nie. I’m so sorry tak dapat join. Disebabkan semalam dah balik kampong, jadi hari nie hari mengemas rumah, membasuh baju dan sebagainya. Dan aku penat!! Maybe lainkali aku join ye. Rugi lak rasa tak kuar dengan mereka. Lama dah tak ketemu..



No comments: