Sunday, April 3, 2011

Ada 7 isteri!!! Wauuu!!

Hahaha! Macam gempak je tajuk entry kali nie. Hehe. Sebenarnya aku terkejut dengan satu cerita je mengenai family aku. Tak lah terkejut sangat cuma baru tahu je :p

Semalam, aku pergi ke Taiping untuk menghadiri dan meraikan pak sedare kahwin. Anak2 Pak Long menyanyi satu lagu yang bertajuk, 'Ayahku kahwin lagi, lalala' :D Tak teringat pulak aku dan adik beradik aku nak nyanyi lagu tu masa ayah aku kahwin dengan mama. Kalau nyanyi, mesti gempak!! Haha

Okay2 berbalik pada cerita kahwin 7 nie. Haaa, semalam baru aku tahu rupa2nya ayah kepada Tok Wan aku (pangkat moyang ke ek? tak tahulah) ada 7 isteri. Haa ambik kau!!! Patutlah ayah aku kata Tok Wan ada ramai adik beradik. Tak pernah pulak aku tanya details. Semalam baru ayah cerita masa memperkenalkan atok2 aku yang aku tak pernah jumpa sebelum nie.

Semalam jugak kan, first time aku jumpa Tok Ngah. Haa adik Tok Wan. Sangat excited jumpa Tok Ngah tau sebab muka dan gaya Tok Ngah sebijik macam Tok Wan. Rasa cam nampak Tok Wan depan mata pulak :) Dan ada lagi atok2 lain yang tak sempat jumpa sebab mereka datang lambat. Ayah kata family Tok Wan mostly kat Taiping. Kalau dah ada 7 isteri, campur anak2, cucu2, cicit2, perghhhh rasa cam semua orang kat Taiping sedare aku. Hehehe.

Satu hari nanti kan, aku nak ajak ayah, mama, family aku jalan2 pergi Taiping. Jumpa, kenal2 dengan sedare kat sana. Seronok kalau ada family besar nie :)



2 comments:

Cik Moon said...

mmg best klu de family yg besar ni.. seronok..

Cutiesifa said...

itulah..hope dapat kenal semua sanak sedare even bau2 bacang pun orait :)