Sunday, April 10, 2011

Mirip ke?????

Kali nie aku nak buat entry pasal lagu :)

Korang pernah tak dengar lagu nie? Selamat Tinggal by Dina ft Zizanrajalawak. Mesti pernah dengar kan di Erafm. Aku tak pernah pulak dengar lagu nie kat Hotfm. Maybe masa Hotfm pasang lagu nie, aku tak dengar kot. Dan kalau korang tengok Konsert AF9 semalam, ada Dina & Zizan sebagai penyanyi jemputan.

Lagu nie sedap didengar. Aku suka Zizan rap sekarang. Ada talent rap rupanya. Ingatkan dia tahu buat lawak je. Hahaha. Sebenarnya, aku nak cakap pasal muzik video lagu nie. Aku bukan jenis yang suka tengok muzik video lagu. Tapi video lagu nie, aku semangat nak tengok

Sebabbbbbbbbbbbbbb....

Rakan sekerja aku, Sheima, kata the little girl in this video ada mirip aku. Hehe. Tu yang semangat aku bukak Youtube, nak tengok punya pasal. Hehe

Aku tengok budak kecik dalam video nie, rasanya tak lah mirip aku sangat. Maybe part mata kot dan bila dia senyum. Ehhh yeke?? Korang rasa?? :D Tapi kan, bila tengok budak kecik nie, aku terasa cam aku nampak diri aku masa kecik2 dulu. So maybe mirip aku masa budak kecik kot :p

Muzik video nie sedih dohh. Part last lagu nie sedih!!! Wanita cantik itu meninggal. Dahlah tengah sarat mengandung, nak bersalin dah, tetiba kena ragut, tak dapat diselamatkan pulak. Huhu. Sedih!! Kesian suami dia :( Kawan dari kecik sudah tiada lagi di sisi.....

Aku dah try upload video kat sini tapi tak berjaya, error aje. Jadi aku bagi link jela ye. Pada sesiapa yang tak tengok video nie lagi, silalah tengok. Bukan sebab suruh tengok muka budak kecik tu, tengok jalan cerita video nie yang best tapi ending sedih..


3 comments:

Mia-Ina said...

lagu ni best...dengar ms persembahan af9 semalam...best best

AkU said...

sangat meaningful lyric dier..uhuks....

Cutiesifa said...

@Mia-Ina: yup!kombinasi yang hebat drpd mereka berdua..

@Aku: betul2..tersentuh..