Thursday, April 21, 2011

Tak boleh telan ubat besar2. Help!!

Dah seminggu aku batuk tapi tak baik2 jugak. Biasanya, 3 hari gitu dah baik if aku dapat penyakit batuk nie. Tapi entah kenapa kali nie, sangat sukar batuk aku nak baik. Bila dah seminggu aku makan ubat cap ibu dan anak, tak baik2 jugak. Jadinya, semalam, aku dengan rela hati pergi ke klinik di LYL. Ada panel klinik kat situ. Mujurlah dekat je. Bukan senang aku nak p klinik tau. Allergic jumpa doktor!!

Jumpa doktor, dan dia bagi ubat macam biasalah. Apa erti jumpa doktor kalau tak bagi ubat kan. Aku dapat ubat batuk (day & night), ubat selesema (day & night), ubat sakit tekak dan antibiotik. Yang paling aku tak tahan, antibiotik lah. Gler besar wei ubat tu. Tak tertelan aku. Semalam, kat ofis aku try telan 1 biji, tapi tak tertelan jugak, last2 aku buang je. Malam semalam, aku kerat jadi 2 bahagian, jadi telan 1 1. Hoho. Itu pun sebab kakak aku bagi idea suh aku kerat. Sebab dulu masa aku kecik kalau aku demam, ayah aku akan kerat kortal (ala panadol tuk budak kecik kan), atau ayah aku akan lenyek sampai hancur. Takkanlah sekarang aku nak buat camtu lagi kot. Tak sesuai betul. Antibiotik nak dilenyek?? Memang pelik wei..

Sadis betul cara aku makan ubat. Aku pun tak tahu bilakah masanya aku akan makan pil besar2 dengan jayanya. Kakak aku dulu pun macam aku jugak, penakut makan ubat, tapi bila dia dah mengandung, jadi boleh makan ubat tiba2. Katanya, demi anak kenalah makan kan. Betul jugak tu. Agaknya aku nie, nak kena tunggu pregnant gak kot, baru leh makan ubat....

Macam budak kecik je makan ubat pun tak reti. Tapi nak buat camne, itulah aku.

Kena berusaha habiskan antibiotik yang diberi. Esok kena jumpa doktor lagi. Dia nak tengok aku dah baik ke belum, kalau belum, dia nak bagi antibiotik lain pulak. Tak mahu!!!!

p/s: Aku cuti hari nie. doktor tak bagi aku MC sebab aku tak demam, tapi aku tak larat nak layan batuk kat ofis. Jadinya aku ambik cuti hari nie. Biar sihat betul baru ke ofis kembali...


No comments: