Wednesday, May 4, 2011

Kawan Sekolah Sudah Kahwin :)

Seronoknya! Kawan sekolah aku, Suraya, dah kahwin. Hehe. Aku kenal dia since darjah 6, kami sama2 jadi pelajar baru di SKPT. Ditempatkan dalam kelas yang sama dan rumah yang berdekatan antara satu sama lain, membuatkan kami rapat berdua. Aku suka berkawan dengan Sue sebab dia jenis berterus terang dan jujur orangnya. Hanya Sue je yang berani tegur aku kalau aku buat salah. Yang berani bersemuka dengan aku dan membuatkan aku sedar akan perangai aku sendiri. Kadang2 orang lain jugak yang lebih kenal diri kita. Sampai sekarang, kenangan itu ada dalam diri aku :) Walau perkara itu berlaku masa aku darjah 6, tapi aku masih tetap ingat kenangan itu :) Dan satu lagi perkara yang aku ingat, haha, dulu2 aku ada jugak teman Sue pergi dating. Hihi. Tapi itu semua cerita lama. Sekarang, sudah ada cerita baru dan gempak punya! :D

1 Mei 2011, Ahad lepas, aku dan Aliff bergerak dari KL ke Taiping. Perjalanan dalam masa 3 jam 30 minit. Hehe. Aliff tidur (dia tak cukup tidur malam sebelumnya sebab ada kenduri di rumahnya), jadi aku drive hampir 3/4 perjalanan ke Taiping. Jadi, apa lagi, bila Aliff tidur, aku boleh rempit dengan keretalah. Haha. Mencecah 150km/j!! Alhamdullilah selamat :)

Kami sampai tepat pada masanya, Bersanding!! Sampai je, pengantin dah mula nak berarak.

Sue sangat cantik!! Sue memang cantik pun, tambah dengan solekan, lagi nampak cantik!! Tema wedding ungu dan kelabu :D

Sangat seronok melihat kawan sekolah kahwin. Bestnya tak terkata macam aku pulak yang kahwin. Haha. Moga perkahwinan Sue & Shah sentiasa bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan ingat pesanan ku, pregnant nanti bagitahu eh. Hehe, Tak sabar nak melihat anak kamu berdua. Hihi

Terpancar jelas keceriaan si mempelai :)

Suka pic nie. Sue, you look really gorgeous darling!!!
Dan wajah kamu naik seri sangat. Seri pengantin :D

Di atas singgahsana, sangat padan berdua :)


Afiq, Me, dan Saba. Gemmies TBL'03, Emerald Corporation Comp 7.
Hanya kami bertiga sahaja..
Nisa ada datang jugak, tapi tidak sempat bertemu. Sebab dia datang lambat, dari Kulim je pun boleh lambat. Huhu
Kawan Gems lain yang datang, Rini, Dila dan Paizul. Gambar ada dalam kamera Rini :)

Who's next????? :D