Monday, June 27, 2011

Susah senang patut bersama..

Perkara nie terlintas di fikiran aku setelah ada orang sekeliling aku yang menghadapi situasi nie. Mengenai hubungan sesama insan, lebih tepat as a couple. Situasi yang nak diberi, contoh, A (lelaki), dan B (wanita), mereka bercinta dan B bagi syarat pada A yang dia tak nak berhubung tak nak bersama dengan A selagi A takde kereta, rumah, berhenti merokok dan apa2 jela. Kalau A dah ada semua tu, baru A boleh cari dia balik. Means dia nak berpisah sebab nak A buat yang terbaik, berusaha untuk hubungan mereka. Jadi dia mintak putus.

Faham tak situasi di atas?? Bab nie aku sangat tak setuju. Apa point berpisah sebab suruh lelaki cari harta dulu?? Bukan ke patut kita susah bersama, berusaha bersama2 untuk dapatkan harta itu. Bila kita berusaha bersama dan dapat apa yang dihajati, barulah terasa nikmat bersama. Tak patut nak suruh lelaki yang usahakan, susah2 dapatkan segala benda, kita as girl bersenang lenang, dan bila lelaki tu dah ada semua, baru kita terima. What??? Aku sangat tak terima fikiran yang camni. Tolonglah, biar susah senang bersama, barulah dipanggil cinta sebenar. Kalau susah kau sorang tapi senang kita bersama, baik tak payah!!

Aku tahu, as wanita, memang kita perlukan lelaki kalau boleh yang lengkap segala. Ada rumah, kereta , insurans, dan apa2 saja harta. Tapi kalau lelaki itu susah nak dapatkan semua itu, kenapa tak kita bersama2 capai apa yang kita berdua nak. Harta boleh dicari tapi cinta sebenar susah nak dicari. Susah nak jumpa seseorang yang cinta kita lebih dari dirinya sendiri. Oleh itu, hargai apa yang kita ada. Jangan kerana harta, kita boleh berpisah.

Kalau aku lelaki A, aku akan putus dengan B dan akan berusaha mencapai apa yang B nak. Tapi once aku dah ada semuanya, aku tak akan cari B balik. Baik aku cari wanita lain. Watpe nak cari wanita yang dumped lelaki sebab tak ada harta. Betul tak??



3 comments:

norA said...

aku sgt setuju ngan ko... biar susah senang bersama n dapat mendewasakan kedua2 pihak.. teruk betul kalo ada girl mcm gitu.. ape dia ingat dia nak senang dia je...

SiQaH HuSSiN said...

itulh, rasa nak hampuk je kepala girl tu..otak x brape nak betullah tu..huhu

AYIE said...

hoh, snang2 je die lpaskan si B..
blh jamin ke si B nk kt die balik once B dh hdup snang..?
mcm materialistik pn ade si A nih.. :)