Sunday, December 30, 2012

Happy Birthday Ummi!




Happy Birthday!
Semalam dapat tahu a big news from her. Ikutkan hati geram jugak. Tapi difikirkan kawan, jadi takpelah. Masing2 ada hak kan. So takpelah.
Layankan je. Lagipun hari nie birthday dia!
Happy Birthday! May your birthday filled with happiness! :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, December 25, 2012

Together We Are! Wee~

Yes!! Finally Ahad lepas, kami berempat bertemu. Hihi. Dah lama betullah tak jumpa. Last jumpa masa pergi Perak raya aritue. So almost 4 bulan.

Plan jumpa bak kata Ihsan lepas Zuhur sebelum Asar. Aku dan Ummi sampai IOI Puchong jam 2.30pm. Dan guess jam brape Ihsan sampai?? Jam 4 pm!! Dushh! Dushhh!! Haha!





Sampai je Ihsan dan Yusafa, kami terus pergi makan. Dan makan di Seoul Garden. Ihsan blanjer! Hihi. At first nak bayar sorang2 tapi dah dia kata tak payah bayar so kami ucap terima kasih jela :p Makan sampai kenyang dan confirm kenyang!


Lepas makan, almost 2 hours spent time to eat, kami pergi tengok wayang pulak. Life of Pi! Seat twin tue! Tak tahan! Haha! Ingatkan movie nie sekejap je, rupanya jam 9 pm baru habis. Habis je wayang, sembang2 terus balik. Hantar Ummi balik then terus balik rumah aku. Sampai rumah jam 11 pm. Terbaik plus Isnin kerja kan :D

Love spending time with them. Tak tahu bila lagi mahu bertemu. Yusafa, Mid January nak balik Sabah. Balik teruslah. Dan siap buat pesanan kat dia, kenduri besar kami wajib turun Semenanjung! Wajib! :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, December 23, 2012

ITT Potluck! New Year Celebration!






Last Thursday, ITT team buat potluck plus exchange gift for new year! Tema merah dan putih. Makanan memang superb banyak. Ada spagetti, nasi daging Yun yang sedap, laksa ayah Pian yang terbaik, rendang Mariah Mercedez dan sebagainya. Haha! Makan sampai tak larat nak makan dah.




Teaser done by Nadiah. She's really a creative person. Whatever teaser for any event, dia lah yang akan buat. Hebat orang kreatif nie kan 👍 If you all can see, please read the menu! Nama sikit punya panjang dan kreatif jugak. Haha! Nama tak nak kalah sorang2. Buahan dari taman syurga, laksa ketulusan hati, telur cintakan cili seorang (ini paling best! Sambal telur maknanya! ) Haha!




Time for exchange gifts!! Setiap seorang kena bagi hadiah to someone (cabut undi nama) before that day. Aku dapat my manager, Carol. Tak tahu nak beli apa jadi aku beli set cutlery. Untuk orang kahwin sesuailah kan :D Before giving away the present, we have to describe the person who we will be given present to. So I describe Carol with only one criteria, 'She's our manager'. Haha!
And I got Body Shop! Yeayyy!! Thanks to Ling Sim for that! Happy kid!! 😊




Muka happy masing2 masa dapat hadiah :)




Birthday girls for November and December! Miera and Shira!
That's the way we close this year! With potluck and exchange gifts. Hoping for a better next year and may this year end with a good result. Means NO ERROR! 😉




Best team ever!!!
Love! Love! Love!
- Posted using BlogPress from my iPhone


Monday, December 10, 2012

Miss them much!




They are my favourite kids! Hee~ Tak sabar tak sabar tak sabar nak jumpa mereka new year eve nanti.

Ayah pun dah balik masa tue. Yeayyy!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, December 9, 2012

CMS Team Building! Hooyeayyy!

Sabtu, 8 May, CMS adakan team building di Photon Valley, Hulu Langat. Selama nie diadakan like family fun day, but for this year, committee nak buat team building pulak.

Seawal 7.30 pg, aku dah sampai di ofis. Wajib naik bas. Pagi, kami ada outdoor activity, explorace. Ada 7 games. Best! First rakit. Sengsara! Aku dapat rakit yang besar dan tak berapa nak kukuh sebab batang rakit kecik dan nampak dah lama. Silap besar pilih rakit tue. Sangat lama okay nak habiskan task merakit. But it's fun! Nak berakit lagi. But kali nie pilih rakit elok sikit :D

Habis explorace, petang ada indoor activity. Ada 5 games. Sangat lawak!! Hahaha! Ada team performance tetiba. So kami buat tai chi. Muahahahah! Ada buat nyanyian lagu rasa sayang, ada jugak yang berlakon mengajuk gaya HOD dan manager lain. Haha! Yang nie sumpah lawak! Sebijik!!

It's a fun day actually even I prefer an event like family fun day. But it's okay. Maybe buat selang2 kan. Tahun depan buat family fun day pulak. Haa let's committee talk. Haha! Orang yang tak pernah tegur pun boleh bertegur on that day. Itulah team building! Yeayy!!

Gambar2 yang diambil menggunakan Note Shida: nak jugak cakap Note. Muahaha!



Ka-Ching nama diberi. Sebab kami semua mata duitan. Hahaha! Last team daripada 10 team yang ada. Kesian sungguh! Hihi.








Kami nak balik dah! Bye Photon Valley!


Menara belon hasil team aku. Macam menara terbantut gayanya. Haha!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Award at work!




Another award from my company. Many thanks to my manager for the nomination! Will work more smart and courageous in future! Thanks! 😍

Received award every year! Really glad and thanks so much for that! 😉

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, December 5, 2012

Review: Istanbul Aku Datang




Seriously! Best!! Superb best!!
Filem nie lawak, comey, romantik, dan sedih. Nangis tengok! Lisa sangat comey dan Beto sangat sweet! Subcribe filem nie di Astro First dan berulangkali tengok selama 2 hari. Balik kerja pun terus on dulu. Haa hebat tak filem nie? :D

Siapa tak tengok lagi? Sila subcribe filem nie now at Astro First! Now! Tak kan kecewa punya!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, December 2, 2012

Review: Twilight Breaking Dawn Part 2!




Go watch this movie! Seriously best! Especially to Twilight Saga fans. Inilah penutupnya dan paling best antara 5 filem Twilight Saga.

Paling best of course part lawan2. Walaupun hanya dalam bayangan Alice. Hehe. Dan satu lagi, vampires semua handsome dan cantik!

Thanks to him sebab temankan. Plan to watch Istanbul Aku Datang tapi tiada tayangan terdekat on that day, so kami tengok Twilight which he don't really like sebab tak faham cerita. Hee~


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, November 24, 2012

They got Iphone too!!

Hahaha! Ini gara2 mereka berkenan dengan Iphone aku. Gler semangat belek hari tue. Haikal siap buat pesanan lagi. ' Mak Lang, nanti kalau Mak Lang tak nak guna phone nie lagi, Mak Lang bagi Abang tau. Abang nak cop dulu. ' Haha! Tak tahulah tahun bila Haikal ooiiii! :p


Sampai Along belikan phone mainan haa. Iphone 5 pulak tue. Tak tahan! Haha! Budak kecik sekarang sangat cepat pick up pasal gadget. Erysya baru 3 tahun dh tahu bukak Note daddy dia. Dah tahu camne nak pergi gallery, tengok gambar, video. Dan jugak main game kegemaran dia, Fruit Ninja & Angry Bird!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, November 19, 2012

Result from Langkawi: Sunburn!!

Yes!! Aku sunburn balik dari Langkawi. Ahhh stress!!

Aku yakin bahawa aku sunburn sebab allergic to that sunblock. Before, aku tak pernah guna sunblock pun. Serius tak pernah guna. Tetiba masa di Langkawi, before Island Hopping, tetiba tergerak hati nak guna sunblock. So guna dan okay je for the whole day.

Esoknya, Isnin, bangun tidur je, muka, tangan, leher dah rasa semacam. Gatal pedih, panas! So terus ke klinik dan dapat krim dan ubat pil.

But maybe, aku allergic pulak with that krim. Jadinya, Selasa muka aku membengkak. Tangan jugak! Rabu more worse sebab bengkak sangat teruk sampai mata aku sepet. Huh. Malu gler!


Kiri: Isnin. Ruam2 je. Gatal, pedih, dan panas.
Kanan: muka bengkak. Ofismate kata muka aku macam buat plastik surgery tapi tak jadi. Haha! Lawak jugak dengar nanye :D


Pergi farmasi dan beli moisturizer aloe vera. Pakai tue plus lumur muka dan tangan leher dengan air sejuk. Selepas seminggu, akhirnya muka aku kembali normal. Now dah normal dah! Yeayy!! Alhamdullilah :))



Aku tak akan guna sunblock lagi lepas nie. Any product! Tak nak! Katakan tidak pada sunblock!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, November 18, 2012

Teater Tun Siti Hasmah

Semalam, aku, Tasha, Nadia, dan adik Nadia went to Pementasan Teater Tun Siti Hasmah. As always, we were late but still managed to get in before the show start. Aku kena ingat sendiri jalan ke Istana Budaya lepas nie. Biasa Aliff hantar even dia tak tengok tapi semalam aku terpaksa redah bersama Tasha. Both tak tahu jalan pulak. Lupa bawak GPS. Luckily we have Waze! Thanks! :D

Mengenai teater, it was a great show! I never knew Tun Siti Hasmah was a second female doctor in Malaysia and she went to Iraq! Kuatnya semangat! It was worth watching!

Sangat tabah hati dan perasaan seorang isteri kepada orang penting dalam Malaysia. Bak katanya, 'saya bermadu dengan rakyat'. Yes! You are!



Us! Ohh jangan terperanjat tengok Aliff ada di dalam gambar. Hehe. Aliff just sampai dari kampung dan straight go to IB to meet me after the show. Hehe. Love u sayang! 😍



With the main cast! Only with their banners! :p






Feel like tudung tak berapa sesuai dengan baju. Malas nak lilit2 tudung so pakai jela mana yang senang dipakai. What do you think??

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, November 17, 2012

Happy Birthday Sayang!




16.11.2012
His birthday today! Happy birthday sayang! Sayang selalu! 😍

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, November 15, 2012

Langkawi Trip & Wedding!

First time aku pergi ke Langkawi! Semestinya teruja! Hehe! Kami 8 orang satu team pergi ke Langkawi minggu lepas. Agenda utama untuk menghadirkn diri pada majlis perkahwinan Liza, one of team member.

Kami bergerak Jumaat malam dari Puduraya. Sakit hati bila bas lambat satu jam! Makanya, kami bergerak dari Pudu jam 12pm. Sampai je di Kuala Perlis, terus beli tiket feri. First time jugak naik feri begitu (kalau feri Penang dah biasa sangat) , teruja itu ada tapi berkurangan sebab penat dan ngantok. Jam 10am kami sampai di Langkawi!! Yeayyy!! Cuaca yang sangat panas menyambut ketibaan kami! Masyi datang menjemput dan bawak terus ke chalet penginapan.

Wedding Liza: seriously Liza sangat cantik! Cantik sangat2 mekap pun okay. Tak tebal. Terbaik! Aku berkenan dengan photographer dia. So might be akan bertanya2lah for my wedding pulak :)


To Liza dan Asrol, selamat pengantin baru. Moga bahagia selalu dan dikurniakan anak yang comel dan montel! Love it!!! 😍

Right after the wedding, kami balik tukar baju dan ready to go to Langkawi Cable Car! Excited again!!


See the first pic? Seriously aku takut gler! Aku gayat orangnya. First time naik dan awal2 cable car gerak laju wooo! Buat lagi takut sebab dari satu tiang ke satu tiang jauh, jadi cable car melayut ke bawah. Ohh seram!


Pemandangan dari ketinggian 700m dari aras laut. Sangat cantik! Kagum bila dapat tengok cuaca yang berbeza di tiga tempat yang berbeza dalam masa yang sama. Indahnya ciptaan Allah!


Us! Credit to Hanis for the photo! As always, gambar Hanis ambik semua cantik! Seni! Pandai Hanis ambik gambar :) Siapa nak naik cable car lagi? Aku nak naik!! Haha! Tak takut dah! :p



Ahad: Island Hopping!
Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar (eagle) dan Tasik Dayang Bunting. Best mandi di tasik! Sejam berendam!


Bergayut kononnya! Haha!

Wish to go to Langkawi again! Nak stay lama di sana. Nak pergi tempat bersejarah, shopping, dan Geopark!

Ada sesuatu yang terjadi pada diriku selepas balik dari Langkawi. Will update about it later.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, March 31, 2012

ATTRITION!!

Gler hebat! Within 2 days, 8 orang resigned di unit aku. Haha! Memang terkejut dapat emel gitu. Dijangka attrition mesti tinggi after bonus tapi tak sangka secepat dan setinggi nie.

Best tengok orang resigned! Bilalah nama aku nak ada di bahagian attrition. Macam best je benti di Scope dan dapat kerja lagi better. Orang tertanya2, siqah pergi mana? Hehe! Berangan lebih! :-P

Sebenarnya, aku okay je dengan kerja aku sekarang. Tension with Chennai team je. Almost every day! Rasa nak hampuk je kepala dorang yang sengal itu. Huh! Aku kalau cakap pasal Chennai memang emosi lebih.

Diteruskan cerita, iya, aku okay je kerja sana. Cuma waktu kerja dan paling utama waktu cuti tak ikut Malaysia yang jadi tak best. Raya usah kata, kena gilir2lah. Tahun nie aku tak cuti raya. Kerjalah kau pada hari raya ke2 okay. Huhu. Sekarang aku single, masih belum kahwin, okaylah jugak. Tapi nanti dah kahwin kena fikir lebih jugak kan. Kesian suami aku nanti. Huhu.

Takpelah. Now bagi aku just follow the flow. Aku baru je dinaikkan pangkat sebagai Senior Global Operation Officer (SGOO)  bermula 1 April :-) Jadi terima dan kerja baik2. Lebih rajin lepas nie :-)

Pada yang berhenti, semoga kehidupan kamu semua indah dan aman sentiasa :-)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 28, 2012

Garden Sunway!

Salam semua! :-)

Lama betul tak blogging di sini kan. Sekarang baru berkesempatan.

Ini nak cerita satu cerita. Nanye kan aku sangat jarang nak makan di restoran ysng nampak ekslusif dari luar. First, sebab takut mahal sangat. Second, rasa macam tak berbaloi sebab biasa restoran mahal maknanya makanan sikit. Ye tak? Hehe. Dan third, sebab My Love tak minat sangat masuk kedai makan gitu :-)

Ahad lepas, keluar dengan Shida. Ahad lepas, kami anggap hari kaya. Hahaha! Jadi Shida plan nak makan di Garden. Aku on je.

Nak dijadikan, betullah seperti apa yang difikirkan. Makanan biasa je. Nampak menarik tapi tak ler sedap sangat. Tapi satu je, restoran begitu membuatkan anda tenang je nak makan. Tiada gangguan daripada sesiapa pun. Tiada jurujual nak jual barang dan sebagainya. Cukuplah sekali aku masuk kedai Garden. Tak akan masuk lagi after nie kot. Hehe!

Selebihnya sila layan gambar ye :-)

Published with Blogger-droid v2.0.4