Semalam, menu berbuka puasa di rumah ini adalah yang paling banyak setelah 8 hari berpuasa. Biasa memang sikit je. Lauk then kuih 1 jenis. Family aku bukan jenis yang suka pergi ke bazar ramadhan, beli banyak2 @ masak banyak2 sebab 3 orang je yang nak makan.
Semalam, Aliff buka puasa di rumah. So dah tahu kenapa menu terlebih dari biasa? :)Menu semalam adalah:
tempoyak ikan patin, kacang buncis goreng, ikan pari goreng, kerabu mama, karipap pusing, cempedak goreng (jiran bagi), kuih pelita, murtabak, dan air tebu (Aliff beli kat bazar)
Itu jela. Lebih dari 3 tu kira banyaklah :)
Aliff datang jam 3 lebih. Pastu aku bukakkan dia Youtube then haa layanlah Youtube. Aku duduk dapur menyiapkan karipap pusing ku. Hehe. Jadi beb!! Berpusing2 karipap tu. Suka betullah bila lawa dan sedap karipap. Maklumlah, buat 2 kuih before ni kan kuihnya lembik. So bila kuih kali ni sedap, jadi semangat nak buat lagi :)
Lupa nak ambik gambar karipap lah. So tak boleh nak tunjukkan bukti. Hehe.
Bila aku masak apa sahaja, mesti Aliff akan kata, "ohh mak masak cara lain, bla bla bla". Terus aku teringat satu artikel yang aku baca dalam CLEO yg cakap lelaki ni akan terpikat pada perempuan yang lebih kurang sama dengan mak dia. Cara masak aku memang lain sikit dari mak dia, dah orang lain yang ajar aku masak kan, tapi perangai aku lebih kurang sama dengan mak dia. Apakah perangai itu? Salah satu nya, macam biasalah, perangai mak, MEMBEBEL!! Hahahaha
***************************
Semalam ada tengok Konsert SATU Dato' Siti Nurhaliza dan Konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour. Konsert SATU agak bosan sikit tapi konsert Fantasia best. Dah tengok dulu pun nak tengok lagi. Sebenarnya, dari dulu aku minat Siti. Bagi aku no one boleh lawan sedap dan moleknya suara dia. Sekarang, minat aku pada diri dia dah berkurang (taklah obsess cam dulu) cuma suka pada suara dan lagu dia saja. Kalau dulu kira Siti ni memang idola lah orang kata..
4 comments:
siti nurhaliza?
boleh tahan sharp juga.
semusim.
ekk..
apa pulak yg sharp & semusim ni..
adakah era siti semusim yg lepas?
confuse :)
minat siti jugak.
hikhik.
lapar lak ase cite sal makan..
huaa....
)):
mohh minat siti :)
haha bulan pose ni cter bab makan jela..tu yg menarik minat sume org yg berpuasa..makan..makan..makan..hehe
Post a Comment