Tuesday, September 29, 2009

Kisah Hari Raya 2

Mood untuk m'update blog sudah kembali :) Ada satu benda yang dah settle dan ada lagi satu benda yang masih belum settle. Takpelah. Take it slowly. Usaha tangga kejayaan :)

Aku nak sambung cerita pasal hari raya aku. Raya sebulan kan, so tak ada istilah lapuk untuk bercerita pasal hari raya selagi tak sampai 30 syawal okay. Hehe

Hari Raya Kedua:

Awal pagi raya kedua, kami sekeluarga bertolak ke Kampung Sg. Gapoi yang terletak di Karak, Pahang. Sampai je kampung, bersalam-salaman dengan atok, tok wan, mak teh, dan sedare yang ada. Seronoknya balik raya!! Rumah atok kali ni ada bertambah 9 orang bakal cucu atok. Hihi. Ramainya atok. Runtuh rumah nanti. Haha. Nanti aku buat introduction siapakah 9 orang bakal cucu atok itu. Apakah? :D Bila balik kampung je, makan memang sangat banyak tambah lagi raya kan. Lagi aku hentam je. Dah tak kira berat badan ke, perut buncit ke, aku peduli apa, yang penting aku makan. Raya nie feel makan tu lain sikit. Hehe

Kat kampung, aku hentam makan laksa, ketupat daun palas, nasi dan setiap satu itu aku makan dengan kuantiti yang agak banyaklah jugak. Lepas makan2 di rumah atok, kami pergi ke rumah atok atas pulak. Haa atok atas tu adalah rumah parents arwah mak. Pendek kata, keluarga parents aku duduk di dalam satu kampung lah. Senang, tak yah berebut nak balik raya. Tapi kami tak pernah tido di rumah atok atas. Kami lebih rapat dengan atok bawah belah ayah. Pergi rumah atok atas, dihidangkan kuih dan aku hentam kuih goyang banyak2. Sedap!!! Lepas tu, pergi rumah Pak Ngah Malik dan makan pulak mee kari. Pergghh memang kenyang gler aku masa tu. Lepas beraya di rumah keluarga atas, turun bawah balik dan lepak je kat rumah sampai malam.


Hari Raya Ketiga:

Bertolak balik ke Subang dan sampai petang. Malam hanya duduk di rumah je.

Hari Raya Keempat:

Mama dah start kerja. So ayah pun dah start kerja jugak. Aku dan Along hanya duduk di rumah saja sepanjang hari. Tak tahu nak pergi mana. Buntu!! Biasa raya kami pergi ke shopping mall tapi tahun ni malas pulak nak pergi. Asyik ke sana je. Malam, kami pergi ke rumah kawan mama, Cik Ros yang masak daging yang sangat pedas..

Dan ya. Akhirnya aku sudah habis baca Breaking Dawn. Serius, Twilight Saga is the best novel ever. Suka dengan jalan cerita vampire sampai aku pun nak jadi Bella, well dapat Edward yang romantik. Huahuah. Aku harap movie Twilight saga akan dibuat sampai Breaking Dawn. Paling nak tengok, part Bella jadi vampire dan jugak nak tengok Renesmee. Aku dah bayangkan baby yang sangat comel tak terkira comelnya untuk watak Renesmee..

Inilah kisah hari raya aku sampai raya keempat. Biasa je. Inilah yang biasa dilakukan setiap tahun. Akan disambung pasal raya kelima yang bukanlah pergi beraya :D




12 comments:

Ries Lee said...

bestnyer raye...

Ms.Independant said...

Xsabar nk tgu New MoOn kua wyg!!!!
Huhuhu ^_^

ZaaRz said...

erk.. ade istilah atok atas bawah gak ek ? cenggane tue ekh ? tak paham.. :P

Cutiesifa said...

Ries Lee:

best even sama je tiap tahun..jumpa sedare time raya rasa lain sikit.seronok je :)

Cutiesifa said...

Ms.Independant:

samalah kita..
x sabar jugak nak tengok New Moon!!!
mtk2 best :)

Cutiesifa said...

ZaaRz:

ada istilah tu dalam family i :D

atok atas belah arwah mak tinggal di atas bukit..atok bawah belah ayah pulak tinggal di bawah bukit dlm 1 kg yg sama..sbb tu panggil atok atas dan atok bawah..merujuk pada di mana terletaknya rumah mereka..hehe..

MissXyanne said...

hmm betulke buku tu best?
i like the movie, tp takut cerita dia susah nak faham macam LOTR kalau dibaca.

Cutiesifa said...

best!!!
ayat inggeris dlm buku ni standard je..bknlah ayat yg berbunga2 smpi kita x paham..
klu i paham, u mst paham.
trylah baca twilight dulu..
if u paham twilight, then beli yg the rest..
u akan jatuh cinta dgn edward :D

ZaaRz said...

iefa....

lolx... ingat ke atok bawah n atok atas tue satu adik beradik @ kembar tadi.. rupenye2, tempat tinggal atas bawah bukit lak.. wakaka... :P tertpu betoL~

Cutiesifa said...

nasib baik tak kena tipu lama2..hihi

LuVidA^^ said...

beraye pon bace novel gak ek..mmg antu novel la die ni..
:D

tak sabar tggu cte raye ke 5 lak...haaa g date ek.. =p

Cutiesifa said...

alamak!!cmne u tahu i hantu novel ni..haha..mmg pun, akan sntiasa ada novel yg nak dibaca..

tekaanmu tidak tepat..sudah dipost apa cter raya ke5 :)