Friday, October 9, 2009

Hari rehat

Salam semua :)

Hari ini, Nurulsiqah cuti. Syoknya cuti sehari. Penat kerja 2 minggu.
Sebenarnya boleh je cuti awal lagi tapi saja je pilih hari ni sebab setiap hari Jumaat, aku ada date dengan TV3 jam 9 malam, Drama Nur Kasih :D Boleh je jugak tengok drama ni kat web tapi tak bestlah. Tak feel rasa. Nak jugak tengok kat tv3 pada waktu drama ini disiarkan.
Memang peminat setia Nur Kasih aku ni :)

Suppose hari ini, aku bercadang nak pergi ke Carr4 sebab nak p bayar bil. Tapi fikir2 balik, semata2 nak p bayar bil macam tak berbaloi pulak. Bukan ada apa sangat pun kat Carr4. Nak p Subang Parade pun dah jemu jugak. Nak beli barang pun, kena hold dulu coz less money.
Dan sebab utama, aku malas nak drive!!!

Jadinya, tadi aku pergi Maybank dan transfer duit kat Aliff suruh dia bayarkan bil untuk aku sekali. Dah 2 bulan dia bayarkan bil untuk aku. Maklumlah gf dia ni tak keje lagi. Kesian sayang aku tu. Huhu. Lepas g Maybank, tiba2 teringin nak makan roti canai dan teh tarik. Jadi, pergilah Restoran Lima Bintang (kedai mamak lah ni) dan bungkus makanan yang aku teringin tu. Sampai je rumah jam 12.05 tadi, terus makan. Itulah breakfast + lunch :)

Takde idea lagi hari ini nak buat apa. Maybe rehat2 sahaja di rumah sementara tunggu malam ni date dgn TV3. Hihi. Nak sambung baca novel lah. Sekarang aku baca novel Bagaikan Puteri oleh RAM. Best!!! Laksamana Sunan!!! :D




18 comments:

LuVidA^^ said...

ouh u cuti ek...patot la on fb...ngn komen blog..
;)

em...i miss nur kasih las week...

fara said...

Wah3~
UntOngnye ade org byr kan bil!

p.s : nak cuti jgk!

:P

Frodo Baggins said...

HOHOHOHOHO ~ minat abang RAM kew? jempott masuk kelab beliau http://www.kelabram.com


hehehehhe ~ tetipoo ngan tajux entry wa kew?? ni wa blaja dari majalah lerr nih! hohohohoho ~ tajux gempak .. tapi isi ... huhuhuhu .. xperlah read msge between d line jer lah ... xoxoxoxoxo!!!

SiQaH HuSSiN said...

Luvida:

yup..i cuti..hihi..

tgklah kat web ida..i pun miss jugak, baru je tgk rabu lepas..blk biarkan loading semua part then esok pg be4 g keje tgk :D

rugi lepas 1 ep pun..

SiQaH HuSSiN said...

Ms.Independant:

untungnya!!! :p

boleh2 cuti, esok frh cuti pulak eh..i pulak keje esok ;(

SiQaH HuSSiN said...

The Hobbit Frodo:

minat RAM sejak baca rahsia perindu..1st novel dr RAM yg i baca..ehh u, i dah join pun kelab tu :)

mmg tertipu pun..mmg leh jd wartawan jugak u ni tau..aishh..walaupun begitu, i bc gak smpi habis :p

tinta kasturi said...

nampaknya, nama nya pun comel juga

nurulsiqah ya

cantik dan unik.

(:

ezanykun said...

ler.. suruh mr bf tu bayarkan guna duit dia jer la.. hehehe..

Unknown said...

tak jumpa la novel RAM...
dah puas cari..
bley suggest kat mane bley cari..

ZaaRz said...

best sangat ke nurkasih tue ? pernah gak dengaq, tapi taktau laa crite pasal ape..

criter tue bersiri ek ? pasal ape ?
sorry la, memang tak penah tengok tv... huhu~

Anonymous said...

i nak beli haritu tp adik i kata da beli dah. bile tanye kt mane. dia kate kt hostel dia lak. hampeh btul. jelesnye dpt bc buku RAM. syuke dia sgt2.... jgn crite novel tu punye isi taw. nnti i pancung u!

Anonymous said...

ko baru baca bagaikan puteri ker?

ada lagi dua sekuel dia

SiQaH HuSSiN said...

tinta kasturi:

thank u :)
ayah i yg bg nama nurulsiqah :)

SiQaH HuSSiN said...

ezany:

ehh x bolehlah..dah 2 bulan mr bf yg byrkan..i x naklah guna duit dia je..ehem gf yg baik hati ni awk :p

SiQaH HuSSiN said...

Ries Lee:

i biasa beli kat popular, mph @ kinokuniya..try cari kat kinokuniya..
semalam i g, ada novel RAM..trilogi bagaikan puteri, hatiku diharajuku, semangat hutan, ungu karmila..x sume novel RAM ada..

SiQaH HuSSiN said...

ZaaRz:

best sgt!!!
dah nama drama, mestilah bersiri..hihi.
nak cter sinopsis pun panjang ni..apa kata u google je pasal nur kasih..sure ada :)

x rugi tgk drama nur kasih..jln cter menarik!!

SiQaH HuSSiN said...

MissXyanne:

ahh brutalnya missxyanne nak pancung i..hahahahaokay2..i x cter pasal novel tu..dah hbs baca trilogi ni br leh cter..masa tu pastikan u dah baca eh..x pun ignore je entry tu :p

SiQaH HuSSiN said...

Fatt Chin Choy:

haah lah fatt..baru baca..

tahu ada lagi 2 novel kan..cinta sang ratu dan hijab sang pencinta..akan ku miliki kedua2nya..eh cinta sang ratu dah beli..baru tadi!! :D