Saturday, January 30, 2010

Homework budak tadika pun leh wat pening :D

Petang tadi, tengah baring2 melayan perasaan *melayan ngantuk nanye*, tiba2 dapat 1 msg drpd Along. Tanya pasal homework Haikal. Aku tak faham apa yang diperkatakan, jadi Along pun msg soalan dan senarai jawapan.

Soalan: Circle the odd one out from the list.
List: cab, lad, nab, sad, jab, bag, ham, tag, ram, jam, rag, fan, tap, man..

Aku ternganga lepas baca msg. Ekkk apa yang lain. Mula dah confius ni. Terus tak jadi melayan perasaan + ngantuk, layan pulak soalan homework budak tadika ni. Tengok punya tengok, fikir punya fikir, barulah aku dapat perasan apa yang lain.

Pendek kata, jawapannya TAP. Korang boleh jawab? Hehe

Yang aku tak dapat terima, kenapalah aku boleh berfikir homework ni macam susah sangat. Siap confius tu, tak tahan. Dah macam standard soalan sama dgn soalan final year exam je. Hahaha.

Lepas dah bagi jawapan kat Along, Along pun ketawa gak. Ketawakan kami berdua yang tak berapa betul hari ini. Hehe

Selingan:

Ini dia, Haikal bersama adik tersayang, Erysya.
Now, panggil Haikal dgn gelaran abg okay.
Dia pun dah pandai bahasakan diri abg :)

Erysya bersama Mak Lang.
Semasa kenduri cukur jambul Erysya.

Tadaaa!!
It's me, Erysya.
Nice to meet u all!! :)

p/s: sangat rindu kat anak2 sedare ku. Tak sabar nak berjumpa mereka masa raya cina ni.
p/s/s: aku dah upload gmbr GEMS dan juga kenduri cukur jambul Erysya di FB. Check them out!!
p/s/s: perasan x? layout baru :D Tahun baru so layout pun baru jugak lah. Lagipun nak tukar layout yang simple dan tak serabut dan nampak matang. Cehhh!! Matang ke beb? Hahaha



What am I doing?

Sudah lama tak update perihal aku di sini. Bukan tak nak update, tapi malas nak menaip dan bercerita sebab banyak sangat benda aku nak cter ni. Hoho..

Okay, kita mulakan dari mula ye.

Sebagaimana kamu semua sudah maklum, aku sekarang tengah berpraktikal selepas GEMS. At first, aku dapat 1 company di Damansara Perdana. But then, aku just pergi sehari je. Bukan niatku tak nak teruskan praktikal kat company tu, tapi working hours kat company tu melampau sangatlah. Working hours: 9am - midnight everyday (seperti apa yang diberitahu semasa taklimat). Lepas tu, kerja aku lebih pada outside dan kena tanggung perbelanjaan sendiri. Manalah cukup duit yg GEMS bagi tiap bulan beb. 1 lagi, aku tiada transport nak g kerja di sana. Bas pun bukan terus dari Subang ke sana. Kena g Kl Sentral, then naik bas p One Utama, then naik teksi g Damansara Perdana. Sangat payah!!& kalau kerja sampai lewat malam, camne lak aku nak balik. Tak kan nak suruh ayah aku ambik tengah2 malam tiap hari. Kesian ayah aku. Dia pun penat berkerja gak. Huhu.

So I decided tak nak teruskan placement GEMS kat situ. Aku apply for other placement. And after 2 weeks of waiting, finally aku dapat placement di salah satu company di Bukit Jalil.

Aku baru start placement 25hb lepas. Aku kerja di admin department. Kerjanya banyak jugak, well orang baru so there's a lot of things to learn. Nasib baik bos aku baik. Terang pada aku satu2. Tambah lagi kalau aku buat muka blurrr tak paham. Hahaha

Setelah seminggu kerja, barulah aku tahu nikmatnya bila weekend. Serius, tak sabar nak tunggu weekend. Dan minggu nie sangat seronok sebab cuti 3 hari. YEAY!!! Heaven!! Hahaha

Hari ini, aku tiada plan apa2. Esok, ada plan nak jumpa budak2 company aku masa di GEMS. Tak sabar nak jumpa dorang. Boleh gosip2. Ngee~



Saturday, January 16, 2010

Korang pilih siapa??

Ini adalah soalan yang kerap berlegar dalam kepala aku sekarang.
Semua sebab tengok Cinta Balqis lah ni. Huhu

Persoalan mengenai cinta lah kan..

If korang ada dua pilihan iaitu seorang lelaki yang amat menyintai korang dan korang cintakan dia tapi ada banyak halangan, dan seorang lagi lelaki yang mencintai korang dan korang tak berapa cintai dia tapi korang tahu betapa besarnya pengorbanan dia dalam hidup korang.

So korang akan pilih yang mana?
Pada lelaki yang mencintai korang @ pada lelaki yang korang cintai?
Aku tertanya2 gak kalau perkara ini jadi pada aku, aku tak tahu nak pilih mana.

Kita akan pilih yang terbaik bagi diri kita pada masa tu tapi mana kita tahu si dia yang terbaik pada kita kan. Okay, Boleh buat solat istikarah. Tapi kalau ikutkan bisikan naluri, nak pilih yang mana ek?