Saturday, February 27, 2010

Tak pasal2 balik lambat

Khamis lepas, aku sangatlah busy. Petang hari tu, ada test & interview for new SIMA candidates, Pa'an takde jadinya aku seorang yang kena handle semua tu. Dengan budak2 itu yang tak jumpa ofis, dgn pintu ofis yang kena tag2. Jam 7pm, sepatutnya aku dah bersiap sedia nak balik, tapi aku masih sibuk buat kerja. Pa'an cuti a week next week jadi banyaklah kerja nak dibuat.


Nak dijadikan cerita, tengah2 buat kerja, tiba2 ada someone asked for projector. Aku kenal orang itu dan bagilah dia pinjam projektor tanpa tanya Pa'an. Masa itu pun Pa'an takde. Aku fikir, tak yahlah pasal projektor pun nak tanya Pa'an. Jadi, aku dengan rela hati bagi someone pinjam projector & bila Pa'an balik ke ofis, aku cakaplah yang aku bagi pinjam projektor kat orang.

N Pa'an terus cakap, "Haa awk tunggulah sampai dorang habis meeting baru boleh balik". Pergghh tersentap dengar. Projektor itu perlu disimpan di dalam almari n aku dan Pa'an sahaja yang tahu nak simpan di mana dan yang paling penting kunci di mana. Disebabkan aku yang bagi pinjam projektor tu, aku terpaksa tunggu dorang habis meeting.

Jadinya, Instead of 7pm, aku balik jam 9pm pada hari itu.
Sengal!! Sengal!! Sengal!!Rugi betul masa rehat aku. Huhu

Pengajarannya di sini,

1) Jangan baik sangat dgn orang. Boleh bagi orang pinjam tapi tengok jugak masa dorang nak pinjam.
2) Jangan memandai buat kerja tanpa asking for Pa'an opinion.

Tak pasal2 kau balik lambat. Padan muka!!



Saturday, February 20, 2010

Yuhuuuu!!!

Pergilah wahai habuk2 yang sudah berleluasa di blog ku ini. Ngee~~

Apa yang aku buat selama beberapa minggu ini sampai aku sudah melupakan @ tak berapa ingat yang aku ada blog??:D

Aku sudah mula berpraktikal & kerja & blaja di Scope International, a company under Standard Chartered Bank. Aku busy di tempat kerja, pada mulanya aku jadi penolong Pa'an untuk menguruskan budak2 SIMA. Lepas seminggu aku kat sana, aku diminta join SIMA oleh Ms.Fazleen. Dah dia bos aku, aku ikut jela. Lagipun ini peluang aku jugak untuk belajar pasal banking.

Jadi sekarang, aku jadi pelajar SIMA dan dalam masa yang sama masih membantu Pa'an. Kesian tau kat Pa'an, banyak sangat kerja dia. At least aku tolong sikit pun jadilah. Ringan jugak beban dia kan. Hope soo lah Pa'an ye :) Haa sekarang, aku belajar dalam banking, tapi aku belajar pasal CMS (cash management service) je. Blaja pening jugak, nanti dah ojt maybe orait kot. Praktikal lagi kita nampak apa yang kita buat berbanding baca note kan.

Aku masuk kerja jam 9am - 7pm. Kadang2 balik lambat jugak sebab banyak kerja dan ayah pun kadang2 datang lambat. Sekarang, aku berulang alik dari rumah ke Bukit Jalil. Insyallah bulan 3 nie, deparment payment akan ditukarkan ke PJ, so dekatlah sikit. Aku pun boleh pergi naik bus je, tak yahlah nak susahkan ayah hantar n ambik aku. Huhu.

Itulah cerita ku skrg. Balik kerja penat, lepas tu, ada test je pulak. Jadi, aku hanya online FB sahaja. So pada sesiapa yang rindukan aku, FB lah aku ye. Ngee~~~

Nanti aku cerita lain pula ye :)


Sunday, February 14, 2010

Merindukanmu

Selama aku masih bisa bernafas..
Masih mampu berjalan..
Ku kan selalu memujamu..
Meski ku tak tahu lagi..
Engkau ada di mana..
Dengarkan aku..
Ku merindukanmu...



Monday, February 1, 2010

Jalan2 bersama GEMMIES :)

Semalam seperti yang dirancang, jam 10 pg, aku dan Soleh bertolak dari Subang Perdana untuk pergi ke KLCC bertemu dgn kawan2 GEMS @ Emerald Corp. Sampai KLCC, jam 11.15 pg, dan ada jugak yang datang lambat lagi. Ish2. Tak patut betul. Dulu pernah sekali reunion jugak, aku dan Soleh menunggu hampir 2 jam baru yang lain sampai. So semalam, ingatkan kami dah lewat rupanya masih awal. Next time, memang aku nak sampai lambat benor. Biar mereka pulak yang tunggu aku. Huhu. Penantian itu satu penyeksaan tahu tak rakan2 sekalian? :D

11 orang keluar semalam, suppose lagi ramai tapi disebabkan ada yang pulang ke rumah sbb cuti 3 hari, so tinggallah kami 11 orang je. But it's still best!! Gossip girls & boys!!! Hahaha. Budak laki company pun dah pandai gosip2 ni. Jangan tak tahu beb :p

Yang masyuk semalam, ada orang belanja tuk makan tengah hari @ KFC & tiket wayang. Walllaa!! Syok gler. Dalam erti kata lain, jimat duit aku. Hahaha. Thanks Wan Afiq kerana sudi belanja kami. Nanti kami balas ye. Insyallah :p

Sesiapa yang belum tgk Tooth Fairy?? P tengok cepat!! Best movie ni. Lawak gler, for sure memang gelak2 je. Antara kami 11 orang, Yus yang paling kuar gelak. Masyi risau je kalau2 ada orang baling popcorn. Haha. Takkan ada orang nak baling. Berani baling, Yus belasah nanti. Hahaha

Pas habis wayang, kami pun ronda2 kejap dan terus pergi ke KL Sentral. Mula2 cadang aku nak terus balik tapi disebabkan Masyi ajak p KL Sentral dulu teman dia p beli broadband, jadi pergilah jugak. Tak sampai hati menolak permintaan kawan. Ngee~ Tiba di KL Sentral, takde lah pulak broadband, aku mencari kasut tapi yang berkenan takde saiz lah pulak. Aishhh geram betul!! Tu yang malas p beli kasut, kalau takde saiz, kecewa!! Dan semalam, aku dan Masyi sama2 kecewa. Hoho

Kami lepak2 makan malam then jam 9.15 mlm, berpisah untuk pulang ke rumah masing2. Jam 10 mlm tepat, aku sampai rumah. Walllaaa, tak pernah selewat ini balik beb. Huhu. Maafkanlah ye. Janji pasni tak balik lewat lagi :D

p/s: post ini tidak diiringi dgn gambar sebab semua gambar diambil dgn menggunakan handset Ihsan. So tunggu dia upload kat FB. Cepat upload Ihsan!! Tak sabar nak tengok gambar2 kami yang comey!!! :D
p/s/s: nak tengok The Spy Next Door, Adnan Sempit, & Dua Hati Satu Jiwa jugak. Tapi kewangan tidak mengizinkan. Huhu