Monday, March 21, 2011

Coffee And Creamer. Apakah peranannya??

Petang semalam, berseorangan di rumah, aku tengok satu drama Japan yang bertajuk, Mr.Brain. Baru tengok sampai episod 3 dan ada pulak ayat mengenai perumpamaan Coffee & Creamer. Saje je nak share ayat nie...

"I'm as feeble as this creamer. It has no use when it's by itself. Coffee is on the menu, but not the creamer. Useless thing. But there are many people who can't drink their coffee without creamer. From undrinkable to drinkable, Don't you think that is a great job?"

Bagi aku, Coffee ditujukan salah satunya kepada mereka yang berpangkat tinggi, yang kehadirannya sentiasa dinanti, dihargai dan dirai manakala Creamer ditujukan kepada mereka yang sebaliknya.

Ini boleh di apply dalam kehidupan seharian kita. Tak kisahlah sama ada dalam kerjaya, family, kawan2 dan sebagainya. Sejujurnya, kadang2, aku rasa diri aku seperti Creamer, yang tiada nilainya, yang orang lain tak kisah tentang kewujudan aku, yang orang lain tak kisah mengenai peranan aku. Tapi selepas tengok cerita ini dan jumpa ayat ni aku jadi motivated!! Jangan terlalu fikir pendapat orang terhadap diri kita sebab semestinya kita lebih berfikir pada keburukan kita yang dilihat daripada kebaikan. Sebenarnya, maybe orang lain melihat kita seperti Coffee cuma kita yang kadang2 low self-esteem yang menyebabkan kita sentiasa berfikiran negatif dan menganggap diri sebagai Creamer. Sebenarnya tidak!! Kita perlu sentiasa berpendapat yang semua orang dalam kehidupan ini mempunyai peranan masing2 yang tidak boleh dipertikaikan dan dipandang remeh.

Contohnya, dari sudut kerjaya, ada orang yang anggap pengangkut sampah, mak cik cleaner, security guard @ apa2 saje kerja yang boleh dikategorikan sebagai 'low class job' sebagai kerja yang tak elok, yang kotor, yang tak berapa 'berfungsi' dan ada orang kadang2 sampai jijik dengan orang begitu. Bagi aku, perangai itu sangat2 tak patut. Kita yang kerja di ofis, dalam aircond, perlu menghargai orang sebegini. Kerana cuba bayangkan kalau pengangkut sampah takde?? Agak2 kita sanggup ke nak kutip sampah dan sanggup ke nak tengok sampah berlambak di dalam ofis dan juga di luar rumah tanpa dikutip? Mesti tak sanggup kan? Dan begitu juga dengan mak cik cleaner, if mereka tiada membersihkan tandas ofis, tandas di shopping mall, for sure, kita tak hingin nak masuk tandas2 itu kerana pastinya kotor!! Kita nak ke tolong bersihkan??? Kalau tandas kat rumah sendiri, memang wajib, tapi kalau tandas kat luar, agak2 terlebih rajin ke nak buat??

Oleh itu, walau apa pun peranan kita dalam kehidupan, kerjaya, dalam sesuatu hubungan, family, kawan2 dan pendek kata dalam segala2nya, kita perlu sentiasa keep in mind yang kita adalah both Coffee dan Creamer yang tidak boleh hidup jika salah satunya tiada malah kewujudan kedua2nya sangat penting.

p/s: Hargailah mereka yang berada di sekeliling kita tidak kira walau siapa pun dia :)



4 comments:

shahjiehan said...

betol jugak eh..kene ade 1 sama lain, baru la hidup sejahteran dan bersih~ hhahaha

Izzati Tatie said...

owh.paham2..thanx 4 sharing ye. nak follow kamula:)

SiQaH HuSSiN said...

@shahjiehan:

moga hidup kita sentiasa sejahtera dan bersih hendaknya ye :D

@izzati:

welcome & thanks follow :)

.drakula. said...

betul2....