Memori atau kenangan senang untuk dicipta, tapi sangat sukar untuk dilupa.
Sebab apa??
Sebab memori itu sudah dilakarkan dalam hidup kita. Sudah menjadi sebahagian dalam hidup kita. Jadi, mana mungkin kita lupakan memori itu.
Ingatlah segala memori sama ada suka atau duka kerana sesungguhnya kita tidak boleh sesekali melupakan segala memori yang ada. Mulut kata sudah lupa tapi hati, akal, dan fikiran mengatakan tidak sebenarnya.
Memori yang indah, ingatilah selalu agar kita sentiasa gembira kerananya.
Memori duka, janganlah dikenang selalu. Boleh dikenang dan dijadikan sempadan dalam apa juga perkara yang mendatang dalam hidup, cuma janganlah dikenang hingga boleh membuatkan kita sedih dan mengalirkan air mata (tambah lagi pada orang seperti aku yang kememe nie).
Dengan memori yang tercipta dalam hidup ini, kita akan lebih tabah untuk meneruskan hidup kerana memori itu akan menemani kita sehingga ke akhir hayat.
Lagu yang sering aku dengar dan menyanyi sorang2 dalam bilik pada waktu malam, Memori Tercipta - Shahila. Sedih dan entah mengapa hampir mengalir air mata apabila mendengar lagu nie. Shahila menyanyi dengan penuh perasaan hingga aku tersentuh atau aku yang memang sensitif ya amat??
2 comments:
sj pon ngidam 9780 tu.. 5 mega pixel.. hahha.. tpi not enough money la..
andakan kerja bank,, blanja la SJ
sy keje bank, manage customer account yg byk duit, acc sy biasa2 je :p skrg tgh kumpul duit to buy 9780 lah..mari save duit sama2 :D
Post a Comment