Sunday, March 13, 2011

Teater Muzikal Terima Kasih Cinta

Sudah sekian lama, post ini hanya menjadi draft sahaja. Malasnya nak update, taip panjang2. Hari nie aku rajin sikit so taip lah :)


Aku pergi menonton teater ini pada 5 Mac 2011 bersama my colleagues, Nadiah, Rina, dan adik Nadiah. Tepat jam 8pm, kami tiba di Istana Budaya. Gelabah jugak masa on the way g IB, takut tak sempat sebab jem sangat teruk pada hari itu. Dari mana datang kereta banyak2 kat KL nie, sabtu pun jem sama aje cam weekdays. Atas kepakaran Aliff drive, kami sampai jugak sebelum teater start. Ohh ya, Aliff jadi driver hari itu. Hehe. Sayang Aliff banyak2!! :D

Overall, this teater best jugak! Bukanlah sangat best cuma best lah jugak. Apa ayat aku nie? :p Teater nie mengisahkan 5 kisah cinta. Tak payahlah aku nak terangkan apa 5 kisah cinta tu, sila google sendiri ye. Berlambak kat google tu!

Teater nie berjaya membawa 5 kisah cinta itu ke dalam hati penonton iaitu AKU. Teater nie jugak menampilkan pelakon yang berbakat seperti Latiff Ibrahim, Safura, Tony Yusoff, Vince, Deja Moss, Anding, Faradhiya, Shajiry, Norish Karman, Nadia Aqilah dan sebagai pelakon pembantu, Leya Hot Fm dan pelakon drama Syurgamu Ramadhan, Nabil.

Pemilihan lagu best dan tepat dengan jalan cerita yang dipaparkan. Antara lagu yang dinyanyikan ialah Permata Untuk Isteri, Seribu Impian, Cinta, Itu Kamu dan Belaian Jiwa.

Ini set yang digunakan semasa pementasan teater ini. 6 kiub bergerak yang menggabungkan 5 kisah cinta. Aku tak berapa suka pada prop yang digunakan iaitu kiub bergerak nie lah. Bagi aku, teater jadi bosan bila the same prop digunakan bagi setiap scene. Memanglah kiub nie bergerak ke depan ke belakang for each scene tapi tak syok lah. Sama jeeeeeeeeee sampai habis. Disebabkan itu aku tak berapa teruja!

Keseluruhannya, teater ini best jugak! Pemilihan pelakon, lagu yang tepat, dan gerak tari yang menarik (membuatkan aku nak menari bersama, Hee~), cuma prop saja yang kurang!

Antara gambar2 yang diambil :)

Tony Yusoff mesra alam :D

Arina with Nabil (pelakon drama Syurgamu Ramadhan)

Nabil ialah sepupu Aliff, di luar macam budak2 tapi bila on set, gler handsome!! :)

With salah seorang pelakon tambahan, Tak ingat nama dia tapi aku suka watak dia dalam teater nie :)

Anding sangat handsome okay!! Jejaka sebelah Anding pun handsome jugak dan jejaka itu saya punya!! *smile*

Luahan hati - Love Quotes :)

Sekian.....

2 comments:

FurBall said...

ini sengaja bikin wa jelez nih..jejeje

SiQaH HuSSiN said...

yes!!diriku berjaya membuat dirimu jeles!!hahaha..kesiannya pada org tu tinggal di negeri yg tiada wayang dan teater..hehe, sila2 datang ke sini ye :) cuti baliklah kl :D