Sunday, February 27, 2011

Yesterday Journey

Seawal jam 7am (aku 'off day', jadi 7am tu dah awal tau :p), aku dikejutkan Ayah dengan berita yang Tok Wan masuk ICU semalam. Sepantas kilat aku bangun dan menyumpah diri sendiri kenapalah aku tak iron baju siap2 kelmarin. Sepatutnya baju dah diiron kelmarin sebab semalam, Sabtu, memang ada plan mahu pergi ke Jengka 24 to attend a wedding. Sedare belah mak jang aku punya anak kahwin (apa punya description da).

Dipendekkan cerita, jam 8.15am kami bertolak dari rumah dan sampai ke Hospital Bentong jam 9.30am. Rasa lega bila tengok Tok Wan dah dipindahkan ke wad biasa. Walaupun bukan masa melawat, kami dapat jugak masuk ke wad atas keprihatinan nurse di situ. Maklumlah,kami datang dari jauh dan ada hal lain. Kami melawat Tok Wan lebih kurang 15 minit sahaja sebab Tok Wan dibawa ke bilik X-Ray untuk xray ginjal. Kata doctor, nak check ginjal Tok Wan okay ke x. Tok Wan degil sikit, tak nak makan, tak nak minum, ginjal pun payah nak berfungsi lah kalau tak cukup air. Bila Tok Wan dibawa pergi, kami pun bergerak ke Kg. Sg Gapoi (rumah atok) untuk mengambil Mak Teh.

Jam 11 lebih bertolak dari rumah atok ke Jengka 24, aku ingatkan dekat!! Dengar macam dekat je dan setahu aku kalau Jengka 24 lagi dekat daripada Jengka 1 ke. Maknanya angka lagi besar lagi depan tempat tu, kalau angka lagi kecik, lagi jauh ke dalam tempat tu. Jalan punya jalan, akhirnya jam 1.30pm, kami sampai ke rumah pengantin. Itu pun sesat dalam Jengka 24 jugak. Ada blok2 pulak dalam Jengka 24. Aku baru tahu. Hehe.

Sampai je, pengantin sudah pun bersanding, tak ambik gambar dengan pengantin coz aku tak kenal. Makan2 , lepak2 dan terus balik. Ohh ya, tema wedding colour hitam dan oren. Pekat gler colour oren. Bagi aku, kombinasi colour tak berapa sesuai kot!! Hehe, Tapi, kalau hantaran dan bunga telur colour hitam, memang cantik!!

Jam 4 lebih baru bertolak pulang dari Jengka 24. Singgah di Temerloh minum petang, dan aku sangat2 tak selesa sebab sengugut!! Rasa nak baring je. Huhu.

Nak dijadikan cerita jugak, semalam kami sesat on the way balik ke rumah atok. Boleh kan sesat pulak. Haha. Ayah nak ikut jalan dalam, jalan yang dikelilingi oleh hutan lah, tup2 tak jumpa jalan, berpusing2 kami di Triang sampai akhirnya pergi ke Balai Polis tanya jalan. Hehe. Dan jam 7.50pm, sampai rumah atok. Lagi lama masa balik dari pergi, dan jam 9.15pm bertolak balik ke KL dan sampai rumah jam 11.20pm.

Sampai je rumah, on handset dan tengok ada mesej drpd Saba (GEMS) ajak g bowling hari nie. I’m so sorry tak dapat join. Disebabkan semalam dah balik kampong, jadi hari nie hari mengemas rumah, membasuh baju dan sebagainya. Dan aku penat!! Maybe lainkali aku join ye. Rugi lak rasa tak kuar dengan mereka. Lama dah tak ketemu..



Tuesday, February 22, 2011

Rasa Bersalah..

Aku rasa bersalah kerana tak bagitahu perkara sebenar pada dia. Bukan aku tak nak bagitahu, aku cuma rasa tak sampai hati nak cakap benda sebenar. Sebab aku tahu dia tengah konfius pasal diri dia, kerja dia, jadi aku tak nak bagitahu perkara yang boleh buat dia lagi rasa down. Aku akan bagitahu dia, aku dah bercadang nak bagitahu dia tentang perkara nie esok, tapi sayangnya someone dah bukak cerita dulu pada dia. Dan sekarang dia dah dapat tahu daripada orang lain, Pastinya dia rasa dirinya disingkirkan. Percayalah.. Itu bukan niat aku. Do please forgive me. Hope she's okay tomorrow. Terus terang, aku takut menunggu hari esok. Huu



Monday, February 21, 2011

Back to Basic Exam

Lega!!! Sudah habis exam yang membuatkan aku tidak boleh tidur dengan lena dan buat aktiviti tanpa memikirkannya. Hebat sungguh penangan exam nie! Nie semua sebab passing marks 98%. Tadi, Kak Sha, my manager, cakap yang sebenarnya passing marks bukanlah 98%. Saja je cakap camtu nak bagi semua orang berusaha lebih sikit. Bertambah lega aku dengar. Insyallah aku pass. Yakin boleh!!! :D

Regarding exam tadi, kami kena jawab online. Bila dah siap semua, klik button 'Finish', then tertera 'Access Denied'. Kenalah print manual pulak. Tak kisahlah asalkan dah siap test.

Aku boleh rasa lega untuk sekejap je kot. Sebab next month, menurut kata Kak Wan, akan ada test lagi. 3 tests mengenai Risk dan wajib lulus jugak lah. Pasti!!

Selamat berusaha!!!

Dan fokus bila perlu sahaja ye! :p

Sunday, February 20, 2011

sudah pening!!

Penat dah baca nota since pagi tadi. Dah habis baca tapi still ada jugak certain terms yang tak berapa faham. Aii risaunya for tomorrow test.

Esok, aku ada B2B test. B2B stands for Back to Basics Test in CMS. Dah ambik test nie dulu tapi dalam ramai2 staff di CMS, sorang je yang lulus. Haha!! Manager geram kot, Huhu, Jadinya kami kena ambik test nie sekali lagi. Yang tak syok dan membuatkan bertambah tertekan bila the passing marks for the test is 98%. Pergghhh!!! Memang tak dapatlah kot. Glerlah nak jawab. Dahlah 50 soalan in 1 jam.

Aii apa pun, aku akan teruskan berusaha sehingga jam 12am malam nanti. Esok pergi kerja dah tak ada masa nak study lagi. Test akan diadakan jam 6pm - 7pm. Moga aku lulus dengan jayanya. Amin.....

p/s: aku cepat lapar bila blaja. Maybe terlebih guna glucose dalam otak kot. Hehe. Jadinya, aku nak makan sekarang. Mahu goreng karipap segera yang dibeli drpd kawan mama. Sedap tau!! :D


Dah Lama Tak Pergi Muzium Negara

Aliff balik sini for this weekend. Aliff sekarang ada kursus selama 3 bulan di Taiping. Dulu dia kata tak nak balik langsung untuk 3 bulan nie, tapi nie baru 2 minggu pergi dah balik weekend. Sebab sarjan dia bagi weekend. Kalau dah bagi weekend, semua orang wajib keluar dari kem. Dia pulang ke sini Jumaat lepas. Aku seronok lah!! :p

Semalam kami keluar. First, pergi KLCC, aku teringin Auntie Anne's. Banyak gler makan, dah macam lunch pulak. Then, ronda2 kat Taman Tasik Perdana (as always). Tetiba, Aliff bagi cadangan pergi ke Muzium Negara. Aku on jela, dah memang nothing to do pun semalam.

Last aku pergi Muzium Negara, masa darjah 5 sebelum aku pindah Kuantan. Ingat lagi dulu, aku pernah muntah kat sana, tak tahulah sebab apa, tapi aku ada makan nenas hari tu, Maybe perut kosong terus sumbat nenas, dah lain macam lak lah jadinya perut aku. Akibatnya, sampai sekarang aku tak suka makan nenas. Even nenas kecik yang ada kat Pizza Hut pun aku bagi orang. Anti-Nenas sungguh!!!

Itu cerita masa g Muzium dulu2. Semalam pergi teruja sangat sebab dah lama tak pergi. Dan satu lagi, nak tengok Piala AFF Suzuki Cup 2010! Serius aku tak tahu pun Piala AFF ada display kat situ, Kalau tahu, dah lama jejak kaki kat Muzium Negara :p

Dengan baju Fahmy & Safee Sali pun aku bergambar gak :p

Dia cinta hati saya merangkap driver part time saya dan jurukamera saya. Ahaks :D

p/s: aku jadi minah rempit gak semalam. Kadang2 best naik moto. Tapi aku memang suka kereta lagi. Lebih selesa, selamat dan tak kena hujan...

Friday, February 4, 2011

Surat Drpd Haikal :)

Hahahaha!! Gelak dulu, Hee~ Sebab itulah perkara pertama yang aku buat bila dapat surat drpd Haikal :p

As soon as he arrived yesterday, he didn't give his letter first. But he asked for his badminton racket which I bought for him. Dia dah mintak raket badminton since balik kenduri khatan Yusry, my cousin. Masa kat kampung, dia dah play2 with his pak cik yang jauh lagi kecik drpd dia even sebaya, Haha, dan balik je dari kampung, dia beriya ajak aku naik kereta dia, aku dah agak mesti ada something yang dia nak cakap dengan aku. Dan taaaaaa...dia mintak raket badminton drpd aku. Dan aku janji akan belikan dia raket badminton bila dia datang Subang raya cina :)

Haikal memang begitu, Haha. Dia akan minat something bila dia dah start main. Macam dulu, dia suka skateboard dan aku belikan skateboard untuk dia as his birthday present last year. Rasanya dia dah tak main skateboard kot sebab dah glerkan badminton pulak sekarang. Haikal seorang budak yang minat sesuatu benda tu kejapppp je. Budak2 katakan. Even aku yang besar nie pun kadang2 gitu jugak :p

Dapat je raket semalam, dia dah start nak ajak aku main. Agak2 lah abg, Maghrib tu! Jadinya, aku ajar dia timbang bulu tangkis pvc tu. So boleh main dalam rumah je. Dia semangat timbang sambil gelak2 dan berkata, 'Abg boleh ganti Lee Cheong Wei'. Hahahaha!

Okay, berbalik pada surat Haikal (nanye itu yang aku nak cter, dah jadi cter lain pulak dulu :p).

As I said in the previous post, Haikal akan beri aku, ayah, dan mama sekeping surat :) Dah dapatlah suratnya. Hehe!

Inilah surat yang Haikal bagi sempena Tahun Baru Cina.
Siap ada tanglung tu!


Sangat seronok bila dapat surat drpd Haikal even sempena CNY. Sangat suka bila dia belajar benda baru dan buat perkara yang baru.

Aku punya excited macam anak aku yang bagi surat. Agaknya kalau anak aku yang bagi surat, apalah reaksi aku kan?? Tak payah bayanglah sebab bertahun lagi baru dapat kot. Hee~~

Agak2 Haikal, raya Aidilfitri nanti, kami dapat surat lagi tak?? :D



Thursday, February 3, 2011

Prison Vs Work

I received this email from my colleague today.


We are boring, don't have works anymore but still have to stay until 2 pm until Chennai Team in. Let me share with you the facts between Prison and Work :)

IN PRISON you spend the majority of your time in an 8X10 cell.

AT WORK you spend the majority of your time in a 6X8 cubicle.

IN PRISON you get three meals a day.

AT WORK you only get a break for one meal and you pay for it.

IN PRISON you get time off for good behavior.

AT WORK you get more work for good behavior.

IN PRISON the guard locks and unlocks all the doors for you.

AT WORK you must carry around a security card and open all the doors for yourself.

IN PRISON you can watch TV and play games.

AT WORK you get fired for watching TV and playing games.

IN PRISON you get your own toilet.

AT WORK you have to share with some idiot who pees on the toilet.

IN PRISON they allow your family and friends to visit.

AT WORK you can't speak to your family.

IN PRISON all expenses are paid by the taxpayers with no work required.

AT WORK you get to pay all the expenses to go to work and then they deduct taxesfrom your salary to pay for prisoners.

IN PRISON you spend most of your life inside bars wanting to get out.

AT WORK you spend most of your time wanting to get out and go inside bars.

IN PRISON you must deal with sadistic wardens.

AT WORK they are called managers


It's better live in prison than works ya? Haha. BIG NO TO PRISON!! Stay away from prison and stay happy in the working life even its too stressful to be live in. Wee~~

Saya Kerja!!!

Hye readers!! :)

Mesti semua tengah berseronok, maybe pergi berkelah dengan keluarga seperti pagi tadi saya dengar Era Fm ada pendengar yang on the way ke PD untuk berkelah, Syoknya!! Ada yang hanya bersenang lenang di rumah, menghabiskan masa2 indah bersama keluarga atau maybe sebenarnya tujuan berada di rumah kerana gaji tak masuk lagi. Hahaha. Apa pun yang anda semua sedang lakukan, semoga bergembira di hari cuti panjang 4 hari sempena Tahun Baru Cina ini :)

Saya kerja hari nie dan esok. Iya, saya ikut cuti Hong Kong and HK memamg cuti raya cina. Tapi sayangnya, ITT payments still ada even hari cuti. Product lain seperti OTT, BT HK cutilah, saya je yang sesat. Walaupun begitu, saya suka kerja in ITT payment. So takpelah, dah tugas kita kena berserah jela kan :)

Pagi tadi, jam 8 pagi saya sampai ofis. Free parking hari nie!! Hehe. Sekarang, payments tak banyak pun, saya baru je habiskan 5 episod novel online di Penulisan2u. Dan tiba2 saya teringat yang saya dah lama tak update blog (nanye saya hampir terlupa yang saya ada blog, Haha), jadi disinilah saya menaip untuk menghabiskan masa yang ada..

Tak banyak perkara berlaku dalam hidup saya selama saya tiada di blog nie. Biasa2 je. Kerja pun macam biasa cuma sekarang saya full in charge with ITT HK jadi all about ITT HK payments depends on me lah. Saya suka kerja saya selagi orang tak masuk campur. Kalau ada orang Chennai yang masuk campur, masa itu lah saya rasa 'angin' je. Rasa nak hempuk dorang pun ada. Tapi still maintain cool beb :)

Hari ini, Along datang KL. Tak sabar rasanya untuk bertemu dengan anak sedare yang disayangi. Haikal yang sudah memasuki darjah 1 tahun nie dan Erysya yang sudah pandai menjeling dan merajuk kata Along. Nak cari plan untuk marah Erysya, nak tengok camne gayanya dia menjeling kat saya. Hehe.

Dan yang buat saya tak sabar nak bertemu mereka, Hee~ Haikal ada tulis surat untuk saya, Tok Ayah dan Tok Ma. Katanya, surat tahun baru cina. Haha. Tak sabar nak baca surat Haikal. Surat yang pastinya bukan menunjukkan angka2 dan menyerupai surat bil celcom dan PTPTN saya. Hahahaha

Ohh ya, saya kerja sampai kul 2 pm je untuk hari nie dan esok. Selebihnya, Chennai Team akan handle. Kami buat shift pulak sekarang, untuk 2 hari nie jela :)

Okaylah. Saya nak check cover dulu. Nanti ada masa saya update lagi :)

p/s: I really miss you. Hope you miss me too!!