Monday, June 27, 2011

Susah senang patut bersama..

Perkara nie terlintas di fikiran aku setelah ada orang sekeliling aku yang menghadapi situasi nie. Mengenai hubungan sesama insan, lebih tepat as a couple. Situasi yang nak diberi, contoh, A (lelaki), dan B (wanita), mereka bercinta dan B bagi syarat pada A yang dia tak nak berhubung tak nak bersama dengan A selagi A takde kereta, rumah, berhenti merokok dan apa2 jela. Kalau A dah ada semua tu, baru A boleh cari dia balik. Means dia nak berpisah sebab nak A buat yang terbaik, berusaha untuk hubungan mereka. Jadi dia mintak putus.

Faham tak situasi di atas?? Bab nie aku sangat tak setuju. Apa point berpisah sebab suruh lelaki cari harta dulu?? Bukan ke patut kita susah bersama, berusaha bersama2 untuk dapatkan harta itu. Bila kita berusaha bersama dan dapat apa yang dihajati, barulah terasa nikmat bersama. Tak patut nak suruh lelaki yang usahakan, susah2 dapatkan segala benda, kita as girl bersenang lenang, dan bila lelaki tu dah ada semua, baru kita terima. What??? Aku sangat tak terima fikiran yang camni. Tolonglah, biar susah senang bersama, barulah dipanggil cinta sebenar. Kalau susah kau sorang tapi senang kita bersama, baik tak payah!!

Aku tahu, as wanita, memang kita perlukan lelaki kalau boleh yang lengkap segala. Ada rumah, kereta , insurans, dan apa2 saja harta. Tapi kalau lelaki itu susah nak dapatkan semua itu, kenapa tak kita bersama2 capai apa yang kita berdua nak. Harta boleh dicari tapi cinta sebenar susah nak dicari. Susah nak jumpa seseorang yang cinta kita lebih dari dirinya sendiri. Oleh itu, hargai apa yang kita ada. Jangan kerana harta, kita boleh berpisah.

Kalau aku lelaki A, aku akan putus dengan B dan akan berusaha mencapai apa yang B nak. Tapi once aku dah ada semuanya, aku tak akan cari B balik. Baik aku cari wanita lain. Watpe nak cari wanita yang dumped lelaki sebab tak ada harta. Betul tak??



Sunday, June 19, 2011

Review: Paradise Ranch

Recently watched this Korean Drama, Paradise Ranch. Hehe. Aku ambik masa 4 hari je untuk habiskan this drama. Semalam marathon tengok drama nie for the whole day. Nampak sangat tak sabar nak tahu endingkan. Hee~

Drama nie mengenai Han Dang Doo dan Lee Da Ji, who married at 19, so eager to be married and so quickly to divorced. After 6 months of married, they were divorced, and after 6 years they meet again at Paradise Ranch.

4 pelakon utama dalam drama nie. I love all the casts in this drama. Ada love triangle (macam biasalah) tapi semua baik2, tak ada yang dengki, guna cara kotor nak dapatkan cinta mereka. I Like!!!

Both guys are in love with Lee Da Ji. Da Ji kalau dalam drama nie, tak lah cantik macam pelakon Korea yang lain. Tapi character dia sangat sweet!!Very passionate, and has a strong affection for horses.

Seo Yoon Hoo, Mr.Cool and Nice Guy. I love his character. Dari awal sampai habis sangat suka pada dia. Suka character dan dirinya juga. *wink*

Recommended drama tau nie! Harap ditayangkan di KBS World or Animax. Boleh tengok lagi :)





Sunday, June 12, 2011

Review: KL Gangster

KL Gangster was superb!!

Aku sangat teruja nak tengok movie nie. Well aku kan peminat setia Aaron Aziz :D Tambah lagi dengan penangan Drama Nora Elena sekarang, lagi semangat nak tengok KL Gangster.

Overall, movie nie memang best! Kira berbaloi baloi lah if pergi tengok wayang pun. Tak rasa rugi duit beb.

Sedikit sinopsis:

Aku suka pada watak Malek yang dipegang oleh Aaron Aziz. Dia telah dipenjarakan selama 5 tahun dan apabila keluar penjara, dia nak bertaubat, cuci tangan, tapi ada je orang yang memburunya, tak puas hati dengan dia. Kesian Malek.

Yang memburu Malek, ialah Shark, yang dilakonkan oleh Syamsul Yusoff. Aku tak suka dia in this movie, bukan sebab watak dia jahat, tak suka sangat bila Syamsul pegang watak Shark. Macam ada yang tak kena. Tapi as a director, memang salute lah dia!!

Fadil yang dilakonkan oleh Zizan memang terbaik. Pecah panggung dengan lawak dia!!Best lah you zizan. Di mana saja lawak! Haha

Dan Jai, yang dilakonkan oleh Adi Putra, adik kepada Malek. Hanya berfikir mengenai duit sahaja sampai sanggup menentang Malek hanya kerana duit. Jahat lah Jai nie!!

Ada 2 part sedih dalam movie nie, 1st, masa Malek bertemu mak dia, 2nd, masa Malek dan Jai bergaduh masa last scene. Serius rasa sedih sebab kesian Malek!! Dan satu lagi part sedih, bila Fadil kena tikam. Ohh NOOO!!!

In this movie, kekurangan yang boleh aku tengok adalah part gaduh2. Part gaduh laju sangat pada satu ketika, then pada ketika yang lain, nampak slow pulak. Aksi gaduh dipercepatkan tapi nampak kekurangan jugak. Part lari2 pun cepat2 je. Part itu yang tak berapa best.Tapi cara gaduh, jalan cerita best!! :D

Thumbs up to all KL Gangster cast and crew!!

p/s: habis tengok movie nie, aku terfikir, adakah gangster susah hendak berubah kerana halangan2 drpd orang yang membenci mereka???


Lyann & Irfan Wedding :))

11 Jun 2011, aku dan Aliff pergi ke Majlis Persandingan Lyann & Irfan. Lyann office mate aku. Aku teruja pergi kenduri dia sebab aku tak pernah jumpa malah tak pernah tengok even kat FB pun, Irfan. Sembunyi betul Lyann nie :D

Jam 1.45pm sampai di lokasi persandingan, Taman Metropolitan Batu. First time datang kenduri kahwin kat taman, selama nie pernah kat dewan je. Best jugak buat kat taman kan. Tapi nak kat rumah jugak! Haha

Sesampai sahaja, kami terus makan, dan makan berasingan lelaki dan perempuan. So Aliff makan sorang2 lah, aku makan with office mates yang lain. Jam 2.15pm, pengantin sampai. Pengantin sampai lambat sebab ada miscommunication dengan kawan2 kerja aku yang lain. Sabar jela dorang nie. Haha. Dan ada kejadian2 tidak diingini berlaku masa persandingan, dan membuatkan aku rasa yang yes, Lyann, kamu bertuah dapat Irfan as your husband. Pesanan Shida, 'Chi, nanti kau kahwin jangan gitu tau'. But I think that's so sweet!! :D Tapi, mintak dijauhkan lah :)

Enjoy the pictures...

Lyann & Irfan, Semoga berbahagia hingga ke akhirnya!!

Masyi, Shida, Me, Mar, Balqis di gerbang perkahwinan :)

Much LOVE to my SYG!! :))

Tak layak jadi flower girl sebab dah besar, jadi ambik gambar dengan flower jela :D



Monday, June 6, 2011

Anak Sedare Ku :D

Weee~~Haikal sudah botak. Haha
Kakak aku telah mengambil keputusan untuk botakkan Haikal sebabbbbbb
dia ada KUTU!!!
Aishhhhh~~~dah lama Haikal ada kutu nanye, Along selalu jumpa kutu siap dengan telur kutu lagi. Dah beli ubat kutu tapi masih ada jugak. Maybe sebab dah bergaul dengan kawan2, mana nak hilang kutu tu.
Jadinya, sempena cuti sekolah 2 minggu nie, rambut Haikal telah dipotong. Mula2 berubah jugak muka Haikal bila tengok rambut dia gitu. Maklumlah, Haikal kan suka rambut cacak. Now dah takde cacak lagilah. Tapi sekarang, dia suka pulak rambut gitu. Siap suruh Along usap kepala dia. Best katanya!! Haha

Adik Haikal, Erysya!!!
Comelkan Erysya??? Macam Mak Lang dia. Ecehh!!! :p
Gambar nie diambil ketika mereka dalam kereta on the way to Kelantan.
Along sempat snap pic then mms aku.
Seronoknya tengok anak sedare aku berdua nie. Manja betul Abg dan Adik.
I love your eyes Adik, dan Abg's eyelashes.
Serius, bulu mata Abg sangat panjang. Jeles aku. Teringat dulu, aku pernah usik dia kata yang masa dia tidur aku nak potong bulu mata dia. Sampai sudah dia tak nak tidur sebab takut. Haha. Puaslah nak cakap yang aku main2 nanye. Aii abg abg.. :D

Sangat rindu pada mereka berdua :))



Review: Sang Doo! Let's Go to School & Oh Su Jung vs Karl

Sang Doo! Let's Go to School

Lagi Korean Drama yang sudah ditonton. Dilakonkan oleh Rain, as leading male actor, dibantu oleh lagi 3 orang pelakon dan seorang budak kecik. Overall, this drama tidaklah menarik sangat. Aku tak tahulah kenapa, tapi dah 3 drama Rain berlakon yang aku tengok, aku hanya suka Full House. A Love To Kill dan this drama, both tak best sangat. Agak bosan actually. Sinopsis, sila cari cik Google.

Sang Doo with her daughter

4 main characters in this drama. Cinta bersegi2.

Oh Su Jung vs Karl

Drama nie kira best jugak lah. Taklah terlalu bosan. Mengisahkan mengenai Su Jung yang bertunang dengan Go Man Su yang gemuk dan akirnya Su Jung tinggalkan Man Su. Selepas 8 tahun, Man Su kembali ke Korea dengan nama Karl sebagai pemain golf terbaik dan terhandsome. Haha. Masa nie, Su Jung still single dan cuba lah nak memikat kembali Karl yang dah menjadi idaman Korea tu. Akhirnya mereka semestinya bersama. Punyalah lama, bertahun2 baru nak bersama. Penat2! Cinta sejati memang begitu lah. Tak kira walau jumpa ramai mana pun orang lain, tetap di hati si dia jugak. Macam Karl yang dah popular tapi masih setia dan cintakan Su Jung yang tinggalkan dia on wedding day okay.

Go Man Su versi Gemuk

Go Man Su (Karl) versi Handsome after 8 years.
Dia bertambah sweet + handsome bila dia senyum sebab ada 2 lesung pipit :)




I am RELIABLE..0 MC!!

Alhamdullilah..
Kesihatan aku baik pada tahun lepas.
Macam tak percaya yang rupanya aku tak pernah MC tahun lepas.
Terbaiklah!! Tahun nie pun tak pernah MC lagi. Hehe
Thanks Standard Chartered - Scope International (M) Sdn Bhd for the certificate :)
Kalau certificate + duit pun bagus jugak :p