Tuesday, September 29, 2009

Kisah Hari Raya 3

Dikisahkan pada hari raya kelima, aku dan Along sekeluarga pergi ke satu tempat khas untuk bawak Haikal jalan2. Sebab tempat tu tempat untuk belajar dan main2. Tahu tak tempat apa? Ala yang kat Mont Kiara tu :)

.::Scroll::Scroll::.

Inilah tempat yang kami tuju
Pusat Sains Negara

Suka tengok ikan2 besar. Terbayang kalaulah cermin tu pecah. Habislah.
Tapi betul ke ikan tu besar, ke just effect cermin je?


Haikal takut dengan dinasour itu okay

Budak yang paling happy dan bising di PSN

Haikal sangat suka tengok image dia dalam cermin ni.
Kerdil!!! :P

Mummy & Daddy pun nak join Haikal jugak

Mr. Clon. Hahahahaha (gelak gaya Aznil in Cicakman :D)

See your future kid's face?


Haikal sudah kenal microscope

Kan aku kata Haikal happy :)

Muka berlagak macam tahu guna sempoa je adik :p

Yaa. Finally gambar aku :p




Mak Lang pun nak jugak!!

Aik!! Daddy pun sama. Teringinlah tu. Hihi
Mummy tolong ambik gambar ye

Nak join ni jugak. Puzzle dinasour

Aku sudah lenguh berjalan

Consequences of smoking.
Ditujukan khas buat Angah & Anjang.
Dan juga pada sesiapa yang merokok.
Rokok membahayakan kesihatan. Berhentilah sebelum terlambat.

Snap pic sndr mesti ada punya :D





Haikal sangat seronok pergi sana. Semua benda dia nak try. Aku pun apa kurangnya :D Dulu pernah pergi PSN ni, join rombongan sekolah. Aku rasa sama je apa yang aku tengok dulu dan sekarang tapi still jakun jugak. Hihi.

Selepas balik dari PSN, kami pergi ke Meru untuk hantar kereta Along ke bengkel. So aku naiklah kereta yang hanya boleh bawak paling laju pun 50km/j. Slow gler sampai aku tertidolah kat bahu Haikal. Hehe.

Lepas settle hal kereta, kami pergi ke Kolam Pancing Udang. Tujuan untuk bawak Haikal kenal apa itu aktiviti memancing. Seronok betullah Haikal kat sana. Dia asyik nak ubah mata kail pancing itu je, camna udang nak melekatkan. Hampir sejam tunggu dan Haikal pun dah mula bosan, then tiba2 tadaa!!! Haikal dapat seekor udang. Happy glerlah dia. Menjerit tu kat sana. Riuh dengan suara dia je. Pastu baru dia semangat nak memancing. Hasilnya Haikal dapat 2 ekor udang dan Abg Ayin dapat 1 ekor udang. Nak masak lemak cili api pun tak lepas. Hihi

.::Scroll::Scroll::.

Pasang umpan dulu

Haikal memancing!! Muka dah nampak bosan sikit tu

Seronoknya dia dapat udang :)


Hasilnya berpuluh2 ekor udang. Sebab mama p beli udang sekilo. Baru boleh masak lemak cili api :p




Sudah habis cerita raya kelima. Raya seterusnya, pergi beraya ke rumah sedare mara yang ada di Cheras dan Meru. Sedare pun datang rumah. Mana yang bagitahu awal, makanlah sedap sikit. Mana yang tak bagitahu tu, makan kuih dan nescafe, teh, kopi sedap yang aku buat jela ekkk :D

p/s: Sudah penat menaip, upload gambar, edit scroll box tapi tak jadi jugak kat center. Nanti aku layan lagi.

p/s/s: Nak tengok Sepi kat TV3. Tengok ramai2 tak nangis punya. Dulu tengok nak nangis tapi kontrol. Bergenang jela :p



Kisah Hari Raya 2

Mood untuk m'update blog sudah kembali :) Ada satu benda yang dah settle dan ada lagi satu benda yang masih belum settle. Takpelah. Take it slowly. Usaha tangga kejayaan :)

Aku nak sambung cerita pasal hari raya aku. Raya sebulan kan, so tak ada istilah lapuk untuk bercerita pasal hari raya selagi tak sampai 30 syawal okay. Hehe

Hari Raya Kedua:

Awal pagi raya kedua, kami sekeluarga bertolak ke Kampung Sg. Gapoi yang terletak di Karak, Pahang. Sampai je kampung, bersalam-salaman dengan atok, tok wan, mak teh, dan sedare yang ada. Seronoknya balik raya!! Rumah atok kali ni ada bertambah 9 orang bakal cucu atok. Hihi. Ramainya atok. Runtuh rumah nanti. Haha. Nanti aku buat introduction siapakah 9 orang bakal cucu atok itu. Apakah? :D Bila balik kampung je, makan memang sangat banyak tambah lagi raya kan. Lagi aku hentam je. Dah tak kira berat badan ke, perut buncit ke, aku peduli apa, yang penting aku makan. Raya nie feel makan tu lain sikit. Hehe

Kat kampung, aku hentam makan laksa, ketupat daun palas, nasi dan setiap satu itu aku makan dengan kuantiti yang agak banyaklah jugak. Lepas makan2 di rumah atok, kami pergi ke rumah atok atas pulak. Haa atok atas tu adalah rumah parents arwah mak. Pendek kata, keluarga parents aku duduk di dalam satu kampung lah. Senang, tak yah berebut nak balik raya. Tapi kami tak pernah tido di rumah atok atas. Kami lebih rapat dengan atok bawah belah ayah. Pergi rumah atok atas, dihidangkan kuih dan aku hentam kuih goyang banyak2. Sedap!!! Lepas tu, pergi rumah Pak Ngah Malik dan makan pulak mee kari. Pergghh memang kenyang gler aku masa tu. Lepas beraya di rumah keluarga atas, turun bawah balik dan lepak je kat rumah sampai malam.


Hari Raya Ketiga:

Bertolak balik ke Subang dan sampai petang. Malam hanya duduk di rumah je.

Hari Raya Keempat:

Mama dah start kerja. So ayah pun dah start kerja jugak. Aku dan Along hanya duduk di rumah saja sepanjang hari. Tak tahu nak pergi mana. Buntu!! Biasa raya kami pergi ke shopping mall tapi tahun ni malas pulak nak pergi. Asyik ke sana je. Malam, kami pergi ke rumah kawan mama, Cik Ros yang masak daging yang sangat pedas..

Dan ya. Akhirnya aku sudah habis baca Breaking Dawn. Serius, Twilight Saga is the best novel ever. Suka dengan jalan cerita vampire sampai aku pun nak jadi Bella, well dapat Edward yang romantik. Huahuah. Aku harap movie Twilight saga akan dibuat sampai Breaking Dawn. Paling nak tengok, part Bella jadi vampire dan jugak nak tengok Renesmee. Aku dah bayangkan baby yang sangat comel tak terkira comelnya untuk watak Renesmee..

Inilah kisah hari raya aku sampai raya keempat. Biasa je. Inilah yang biasa dilakukan setiap tahun. Akan disambung pasal raya kelima yang bukanlah pergi beraya :D




Monday, September 28, 2009

Thank you sayang



Tengok icon diatas? Mesti dapat tahu apa perasaan aku sekarang kan? :D
Semalam My Love datang rumah. Tengah2 marah pun boleh datang rumah kan, Iqa tahu My Love rindu walau tengah marah2. Hehe. Mula2 My Love sampai takut jugak tengok muka dia, perrgghhh serius gler. Aku dah mula takut nak bercakap. Tapi bila tengok My Love okay je, aku pun bercakaplah macam biasa. Mulut tak reti nak diam.
Akhirnya, terungkailah segalanya. My Love kata dia saja buat aku bengang. Saja nak ajar aku. Ohh sayang, sori sangat2 tau. Sayang tak payah ajar Iqa lama2, ajar Iqa sehari pun dah cukup. Dah tak tahan dah nak tanggung. Insyallah tak buat lagi.

Sayang kamu ketat ketat lah :)



Saturday, September 26, 2009

Forgive me

I know I made a mistake and it's not the first time,
but,
Please forgive me.
I'm begging you :(



Kisah Hari Raya 1

Tengok blog kawan2, mostly semua dah menceritakan perihal raya masing2. Aku ni baru nak cerita haa. Meh dengar aku punya cerita raya pulak :D

Hari Raya Pertama:

Pagi2 bangun tidur, tolong mama siapkan juadah di pagi raya. Juadah pagi raya seperti biasa, rendang daging, lotong (nenek buat), masak lodeh, kek, dan lemang (beli kat depan taman).

Lepas makan, bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dengan Ayah, Mama, Along, Abg Ayin, Haikal, dan Anjang. Ohh ya, Anjang balik malam raya seorang diri dan kembali ke Genting pagi raya seawal jam 7.30 pg sebab dia masuk kerja jam 9 pg. Before 9 pg, Anjang dah call kata dia dah sampai Genting siap dah mandi nak g kerja. Perggghhh laju gler kau bawak motor Anjang oiiii!!! Itulah adik aku. Aii..

Ayah, Abg Ayin, dan Haikal pergi solat raya. Aku tak ikut pun. Dan hari raya pertama aku mandi pada pukul 11.00 pg. Haha. Sengal kan, pagi2 raya aku dah malas nak mandi.

Then, kami sekeluarga pergi ke Meru untuk beraya di rumah nenek. Duduk sana sampai lewat petang dan malam hanya berehat di rumah..

Tahun ni, aku malas bergambar.
Hanya sedikit sahaja gambar yang diambil sebelum bertolak ke rumah nenek.


Raya pertama, boria hijau :)






Aku: Handsomelah adik ni.
Haikal: Taklah handsome sangat.
Sambil tersengih2. Hihi

Ada satu perkara yang tak diingini berlaku semasa perjalanan ke rumah nenek. Huhu. Pergi ke rumah nenek, bawak kereta Along, then tengah2 jalan tu, Haikal yang duduk di belakang tiba2 nak duduk depan dengan Ayah. So berpindah jela dari belakang ke depan. Dalam masa itulah, tiba2 gear boleh bertukar ke 'R' sebab Haikal tertendang. Terus enjin mati dan bila start balik, gear boleh ke 'D' tapi gear rendah je. Tak boleh ke gear tinggi. Dah tu, kami patah balik ke rumah untuk tukar kereta Ayah pulak. 2 kali patah balik rumah nanye, 1st patah balik sebab nak ambik kek dan kuih nak bagi kat nenek, kali ke2, sebab nak tukar kereta pulak.

Memang pelik bila gear boleh berpindah ke 'R' masa kereta bergerak walaupun kena tendang dengan Haikal. Nak tukar gear pun kena tekan dan baru gear boleh gerak, so macam mana boleh tertukar sendiri. Semua orang tak percaya boleh tukar sendiri gear tu. Kesimpulannya, maybe gear tu memang dah haus, tunggu masa je nak rosak. Jadi, kami tak jadi salahkan Haikal. Haha. Tapi dah marah Haikal jugaklah sampai tertido budak tu :D

Dan,

Ehem, malunya dapat duit raya!!!
Terima kasih pada yang memberi duit raya pada diriku ini :p





Wednesday, September 23, 2009

Quick Update

Hari ini sudah hari keempat hari raya. Macam mana hari raya korang? Best tak?
Aku biasa je. Seperti yang aku katakan before ni.
Aku tak boleh nak update kat sini sebab aku busy.
Terutamanya busy melayan Haikal. Asyik2 Mak Lang, Mak Lang. Kecoh dengan dia. Baru sorang je anak sedare. Hehe.
Sekarang, Haikal tengah main game kat laptop aku. Aku kat sebelah Haikal, blogging :)

Dah tengah hari tapi tak masak lagi sebab paip rumah bocor pulak. Ayah dan Abg Ayin tengah betulkan paip. Tengah hari ini Along nak masak spageti. Sedapnya!!!

Haa baru 3 hari raya, berat badan sudah bertambah 0.6 kg. Hehe. Kira okaylah tu kot sebab aku makan memang sangattt banyak. Tambah lagi bila kat kampung. Lagilah, pantang ada makanan, duk makan je kerjanya :p

Okaylah. Lainkali aku ceritakan pasal hari raya aku pulak :)



Saturday, September 19, 2009

Love you baby

Alhamdullilah. Sudah tiba hari last kita berpuasa. Hari ini, bersahur amat bermakna bagiku kerana Aliff ada di sisi. Indahnya perasaan bila bangun tidur je nampak muka kekasih hati

Aliff sudah pun bertolak ke kampung sebentar tadi. Didoakan agar perjalanan sayang selamat sampai ke kampung. Moga cuaca hari ini pun seindah perasaan ku. Maksudnya tak hujan lah. Kesian sayang kena hujan nanti. Dahlah semalam datang rumah pun kena hujan jugak..

Sedih bila Aliff nak bergerak balik tadi. Sayunya hati ini. Rasa nak mengalir air mata aku. Tapi ku tahan juga. Sebab esok raya barangkali. Indahnya jika Aliff di sisi di hari raya. Emm

Sayang, terima kasih banyak2 kerana sudi datang rumah. Iqa tahu abang buat segalanya untuk Iqa. Thank u soooo much baby.Love you banyak2..


Friday, September 18, 2009

Mereka tak balik raya

Lagi 2 hari je kan nak raya. Maybe lagi 2 hari lah. Mintak2 raya Ahad ni :) Orang lain mesti berkobar2 nak raya kan. Seronok jugak raya. Dapat berkumpul adik beradik, saudara2 ramai2. Riuh rendah jadinya. Tapi tahun ni, Angah dan Anjang tak balik raya. Anjang maybe balik malam raya just semalam je sebab raya pertama dia kerja, dan Angah langsung tak dapat cuti raya. Kejam sungguh orang kat kem itu. Benarkanlah abang aku cuti woiii.

Tadi, ayah dah beli daging tuk masak rendang raya nanti. Tengah2 potong, ayah cakap, "aii Angah tak balik pulak raya ni". Aku hanya mampu diam sahaja. Angah suka makan rendang daging, sebab tu ayah potong daging teringatkan anak dia yang entah apa dimakan pada pagi raya nanti. Sob sob. Walaupun aku tak rapat sangat dengan Angah dan Anjang, tapi sedihhh dorang takde raya ni. Tak cukup bergu lah kami adik beradik. Tahun pertama dorang tak dapat balik raya

Esok pagi, Along sekeluarga bertolak balik ke sini. So tengah hari kot sampai. Nasib baik Along, Abg Ayin memang dapat cuti tiap tahun. Tak ada lah potensi tak balik raya.

Nanti aku kerja mintak2lah dapat cuti raya tiap tahun.


Selagi tak raya, dapatlah kad raya :)

Thank u tuk kad raya ini.
Selamat Hari Raya :)

Drpd Dee Syg


Drpd Dieyna


Drpd g@dis blur


Thursday, September 17, 2009

Sukanya!!!

Aku baru dapat tahu berita yang mengemparkan tadi. Gempaqq giler!!
Aku sangat happy bila dapat tahu berita itu.
Tapi, aku tak boleh bagitahu korang apakah isi kandungan berita yang membuatkan diriku sangat happy malam ni. Ada melibatkan orang tertentu. Hihi
Biarlah rahsia. Cukuplah korang tahu yang aku sangat happy!!

Rasa nak nari cam kat bawah ni. Wauuu!!! Haha



************************

Dapat kad raya lagi drpd kawan blogger.
Thank u!!! :)

Drpd Mello


Drpd Sham


Drpd Ayunik