Thursday, April 30, 2009

Nota Done!!

Selesai. Selesai mengemas nota2 yang ada. Nota dari sem 1 sampai sem 8. Dari 2 kotak reduce jadi 1 kotak (besar tau perubahan tu even kurang 1 kotak je). Semua nota kalau boleh aku nak buang (konon bijak sangat je) tapi setelah difikir, aku hanya membuang nota yang sudah ada soft copy. So tak payah nak banyak2 nota, buat semak je gak nanti. Ntah aku akan baca lagi ke tak. Baca Baca Baca..

Dulu kan, aku sayang sangat2 nak buang nota even nota tuk subjek elektif yang tak akan digunakan lagi seperti Prinsip Pengurusan Kesihatan (aku sangat benci subjek ni), Prinsip Haiwan Makmal (tak kan aku nak kerja dengan haiwan lepas ni kan), dan Ekonomi Kesihatan (serius ambik subjek ni sebab tiada elektif lain yang menarik hati, konon senang tapi sama je kesusahannya. Just otak aku tak boleh terima sangat ekonomi ni kot). Tapi tadi, dengan bangganya aku telah membuang semua nota itu (tandanya aku sangat berusaha tuk reduce bilangan kotak dan barang yang akan dibawa pulang). Plus tak nak kena perli dengan ayah aku lagi since lepas habis matrix barang aku je penuh 1 kereta, sampai kat seat belakang tu boleh muat aku jela. Tu pun reason sama gak lah, sayang sangat nak buang nota. Sudahnya semua aku buang gak.

Barang2 lain akan dikemas nanti. Yang penting before 2hb lah kan. Yang lain aku tak kisah sangat, nota je yang aku kisahkan + baju2 ku. Barang2 yang pasti ditinggal adalah tikar (ada 2 tikar, macam mana aku ada 2 tikar pun aku lupa :P) dan karpet. Ada sesiapa yang nak barang2 tu, contact lah aku. Hehe.


And my parents on the way ke Kuantan. Mereka akan tidur di rumah Along dan bertolak ke sini pagi esok. Tak sabarnya nak jumpa family terutama Haikal. Rindu2..

Sports Science Dinner 2009


Pictures for Sports Science Dinner 2009. More pictures akan di upload di Friendster and Facebook (nak berjinak2 dengan Facebook lah sekarang :D)

Theme: Retro, Old School, Classic

Me The Pink Girl. Ada gaya retro tak? :)

Murni Girls :)

2 di depan, 4 di belakang. Aik cam tak cukup orang je??

Ya 5 org di belakang ye. Bayangkan kereta tu padat macam mana :D

All of us-Final Year student (Fiza tiada)

With Pn. Vina :)

Suka lah gambar ni. Azma & Fadz.



The most handsome boy. Ehem :)

Gadis2 ayu pada malam ini sahaja ye. Hehe





With Dr. Ariff

With En. Hafezi & En. Asri

Sports Science Student. Yeay!!!













Today..

Final exam is over. Yetta!!! Best gler lah selepas menjawab exam tadi. Rasa cam dah grad nie. Hehe. Tapi memang dah lah kan :) Pasal exam tadi, emm what can I say ek? MCQ senang gler. Bila sampai pada MEQ, emm bolehlah. Semua kena relate dgn sport, so logik jela jawapan aku. (rasanya dah banyak kali aku kata jawapan aku ikut logik kan? Nampak cam tak baca nota je tapi baca tau) Esei boleh dikategorikan sebagai 50-50. Maybe sebab Dr. Hairul tak ada kot tadi, tak semangat nak jawab soalan. Hehe. Cam tak ada kaitan je :P

Apa perasaan aku sekarang ye?? Sedih lah. Sedih sebab lusa nak tinggalkan USM dah. Memang dulu happy tapi lepas jamuan tadi rasa sedih lak. Nak tinggalkan kawan2 dan lecturer yang tak tahu lah bila lagi akan berjumpa. Huhu. And Dr. Mat seperti biasa akan kata aku yang kahwin dulu :D Dr. Mat doa2kan lah ye. If cukup segalanya cepat, cepat lah saya ni kahwin. Restu Dr. Mat pun dah dapat dah. Hehe..

Dapat a small and cute card from Pn. Vina. Pn. Vina dah start cuti so tak datang lah jamuan tadi. Tapi dia dah amanahkan pada En. Hafezi to give each of us a card. Inside the card ada lah kata2 tuk orang tersebut. I like the last sentence "You will fo far". Thanks Pn. Vina. Never imagined we got a card from you. Sweet lah :)

Dari semalam aku kata nak kemas barang kan, Tapi sebenarnya aku tak kemas apa pun lagi. Huhu. Malasnya nak kemas wei. Aku rasa banyak nak tinggalkan barang je. For charity :)

Malam ni, praktis menari. Yeay!! Boleh berlatih dengan hati yang tenang :)

Tuesday, April 28, 2009

Kerinduan

Menghitung hari tuk berjumpa dengan buah hati ku yang kecik - Haikal!! :D Rindu sangat dengan gelagat dan kerenah dia nie. Dia pun menghitung hari nak ke sini gak :)


Sejak ada anak sedare ni kan, aku asyik rindukan dia je. Rindu gak pada ahli keluarga yang lain tapi Haikal lah yang utama sekali. Memang macam tu kot kan bila ada anak sedare @ kanak2 kecik dalam family. Suka kan gelagat dia, kadang2 senyum sorang2 if teringat gelagat dia. Lepas tu mulalah tak sabar nak jumpa :) Bulan 10 ni insyallah akan tambah seorang lagi anak sedare. So Haikal kena berkongsi kasih sayang aku lah. Haha. Haikal will be 'abang' okay. No 'adik' lagi.


Forget to tell. Hehe. I bought Twilight novel. Finally I found it. Puas tau mencari Twilight di KL dulu. Hanya ada New Moon, Eclipse, and Breaking Down. Yang 1st tak ada. Aku tak beli yang lain sebab for sure aku akan baca dulu even tak baca yang 1st. So baik cari yang 1st dulu kan. Tak sabarnya nak baca. Aku tak bukak pun lagi bungkusan plastik tu. Takut bukak nanti aku dah tak ingat nota lak :P And nak jaga kecantikan buku itu, tak nak kemik2 since buku tu akan berada dalam kotak dalam masa beberapa hari nie.


And yes, I have to start packing my things now. Agak2 muat ke lah barang2 aku ni dalam 2 kereta nanti? We'll see. This noon nak g beli kotak :)

Monday, April 27, 2009

Five Days

Second paper (Therapeutic Exercise) was over :) Paper nie kira boleh lagilah drpd APA. Lagi pun aku lebih berminat pada exercise and disease drpd APA (exercise and disability). Hope boleh lah score for this paper. Satu sem je lagi nak tingkatkan pointer pun. Hope boleh lah. Even mostly people said, pointer is only the number, but for me it's also important ma. People will look at the pointer first baru interest dengan kita kan? Then baru panggil interview kan? And plus dengan other things yg related lah. Bagi aku macam tu lah kot..

Then, berita gembira. Hehe. Duit for Latihan Indutri from USM dah masuk. Hehe. Happy gler. Bangun je tidur dapat msg drpd Bank Islam terus menjerit. Haha. Lepas tu, semalam, terus keluar mencari baju for PPSK Graduation Night nanti. And I found one dress. Hasil pilihan mereka, aku ambik je. Mesti elegant lah malam tu :P Yakin je ek? But Shaleen kena tolong jahit baju tu lah :D Dia dah janji kalau aku beli baju tu dia akan tolong jahitkan. Tunjuk kan je pun tak apa :D

For that night, kami juga akan membuat persembahan tarian terakhir di sini. Yeay!!! Finally, dapat gak menari. Last dance dalam hidup aku kot. Huhu

My family (Ayah, Mama, Along, Abg Ayin, Haikal, Abah, and Mummy) akan datang menjemput aku pada 1hb Mei ini. Bestnya tak sabar nak balik. Tapi kesian gak lah coz malam 1hb tu aku ada dinner. So my family terpaksalah bawak diri masing2 ye. Huhu.

Lagi 5 hari je aku berada di USM = Kelantan :)

Friday, April 24, 2009

Final Thesis Presentation


Final presentation berjalan dengan lancar sekali. Haha. Lancar ke? Aku orang yang ke4 present. Nervous nya memang mengalahkan apa je. Nervous betullah mula2 tu. Tapi bila dah berdiri depan tu and start present, Slow2 nervous tu hilang. Well aku yakin dengan apa yang aku buat.

Macam biasa setiap presentation of course ada soalan. Dan di atas kesilapan @ kelekaan aku, adalah soalan yang ditanya @ more on suggestion la kot.

Apa yang aku nak cakap pasal final presentation semalam? Apa yang aku rasa? Nie apa yang aku rasa..

Sample size research kami memang sikit. Bukan sebab kami tak berusaha tuk mencari agar cukup sample size ok. Kami dah cari sejurus selepas proposal presentation. Pada mulanya, kami dapat ramai subjek yang nak join lebih kurang 15 orang kot. Yang mereka sure mempunyai high total blood cholesterol. Kami cari masa bulan puasa then analysis darah rupa2nya semua turun total cholesterol ke tahap normal. Maybe sebab puasa kot. Lepas tu kami tetap mencari subjek tuk join research nie. Tapi ingat senang ke nak persuade mereka tuk libatkan diri dalam exercise program haa? Tambah lagi tuk research aku, 6 kali per week. Payah tau. Sebab tu limitation of the study is limited time. Sebab memang limited pun. Susah tau nak mencari subjek. Anda semua tak rasa apa yang kami rasa sebab anda semua pun bukan ambik tahu pasal research kami kan. So macam mana anda nak tahu apa yang kami alami? Huh. Aku cuma tak nak mengungkit je tau. Ishh..

Plus, our study taraf ijazah ok. Cuma limitation tu je yang kami tak boleh nak elakkan. Lainkali ambiklah tahu sikit. Nie nak cakap je tahu. Huh.

Plus, kami habiskan research nie dalam masa 2 sem. Siapkan semua cari subjek dalam masa 2 sem. So itu yang kami mampu buat dalam masa singkat tu. At least kami ikut masa yang ditetapkan. Huh.

p/s: Aku memang angin nie. Ntah kenapa bangun tidur tadi fikir pasal nie lagi. Bila aku bangun tidur dan tetap fikir apa yang aku terasa semalam, memang itu tandanya aku tetap angin even benda nie dah berlalu. Well itulah aku.

Chiayok!!!

Ngantok :( Semalam jam 3 pagi baru tidur. Selepas habis Sports Science Dinner, g sembang2 lepak2 di kedai makan depan USM. Dengan pakaian yang camtu. Maklumlah baru balik dinner. Hehe

Ada 15 nota tuk dihabiskan baca dan faham dan ingat sebelum 26hb nie. Banyak gler nota Thereapeutic nie *sigh* Hope boleh dihabiskan. Chiayok!!!

Wednesday, April 22, 2009

Esok Final Thesis Presentation. Nervous nya. Huhu :(

Di saat aku kena berdiri di depan esok, bangun pagi tadi, tiba2 ada jerawat lak tumbuh di pipi kanan ku. Sengal betullah. Dulu tak nak tumbuh. Saja nak suruh aku tunjuk jerawat ni kat semua orang esok. Tak nak!!!

Plus, esok malam Sports Science Dinner (jerawat mencacatkan ketrampilan ku :D) Aku dah shopping baju for tomorrow night. Aku pun tak dapat bayangkan macam mana rupa aku bila dah pakai baju dan seluar itu. Segan lah lak. Tapi malam esok je kan, boleh la kot :) Tapi segan gak. Well aku kan penyegan orangnya :D

Saturday, April 18, 2009

~Tagged by Azma~


Sekolah mana lagi best? Menengah or rendah?
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota. Walaupun banyak samseng tapi tetap di hati :D

Apakah makanan kat kantin korang yang korang takleh lupa?
Nasi Ayam kat tepi kantin :)

Subjek yang korang suka dan benci. Kenapa?
Suka: Mathematic, Biology, Kimia (sebab aku sangat suka subjek2 nie :D)
Benci: Fizik (sgt tak suka), Sejarah kot kadang2 lah

Denda paling teruk korang pernah kena dan kenapa.
Aku tak pernah kena denda :D Aku pengawas sekolah mana pernah kena denda..denda orang pun tak da. Haha

Pilih 1 hari paling bosan dalam sekolah.
Tiap hari Isnin masa perhimpunan pagi. Penat kena berdiri. Lain tak da kot :)

Cikgu favourite korang?
Cikgu Rusdi yang ajar Math.Tamb, Math. Dia relax, tenang je + handsome :D

Barang yang korang tak pernah tinggal masa pergi sekolah selain pen, buku, pencil case, etc.
Beg sekolah + duit belanja. Memang tu kena bawak setiap hari. Hehe

Perasaan korang masa nak tunjuk report card kat parents?
Suka je. Sebab result bagus. Haha.

Pernah jeles bila member dapat markah tinggi? Apa korang buat?

Jeles lah kadang2. Tapi kejap je. & Aku akan buat banyak lagi latihan & blaja sebab next ujian aku nak dapat markah tinggi gak :)

Jawatan paling besar pernah korang pegang masa sekolah?
Ketua Pengawas Sekolah (P). Aku ketua pengawas sekolah yang baik, tak garang, dan buat bodoh je kat orang. Haha

Rindu tak nak balik sekolah semula?
Serius rindu. Ada perkara yang aku nak betulkan. Tapi aku nak sekolah je, tak nak blaja, boleh?? :D

Aku nak tag:
Hasra, Said, dan sesapa jela :)
Cute nya David berbaju Melayu..
Boleh buat aku jatuh suka lak :)
Tak boleh lah tengok lelaki pakai baju Melayu..
Nampak handsome je :)

Thursday, April 16, 2009

Pagi tadi, kami telah pergi ke Hutan Lipur Lata Tembakah :) Hanya 9 orang sahaja yang pergi drpd 13 orang. Kami bertolak pada jam 7.45 AM dan tiba di sana pada jam 10 AM. Lama perjalanan kami sebab kami singgah pula di Pasir Puteh untuk membeli makanan atas permintaan aku dan Cham. Haha. Pada mulanya hanya kami berdua yang semangat untuk membeli roti canai dan nasi lemak. Akhirnya semua membeli makanan. Hehe. Aku membeli roti canai, nasi lemak dan roti coklat. Banyak tak? :D Tiba di sana, makan roti canai dulu sebab aku sangat lapar. Best sangat dapat bermandi-manda di sana :) Sepanjang 4 jam di sana, aku telah mendapat lebam di betis kerana terkena batu yang berada di dalam air. Tak perasan beb. Dah lah terkena kat tulang yang keras betul tu. Sakit oii. Tapi sekarang tak lah sakit sangat :) Pendek kata, aku suka sangat dapat mandi air terjun. Sejuk dan cantik. Indahnya ciptaan Allah :) Haa air terjun ada 7 tingkat. Kami mandi di tingkat 3 :) Tu pun dah tak larat aku nak berjalan.


Jadual Final Thesis Presentation sudah keluar. Aku akan present pada 23 April ini :) Takut tapi tak sabar gak nak habiskan presentation ni :)

Wednesday, April 15, 2009

Pergi - Aizat

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi.. pergi..

Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

p/s: inilah lagu di akhir Talentime. Lagu ini lah yang Hariz nyanyi. Masa ini memang sedih *bergenang air mata* sebab mak dia baru meninggal. Tapi aku rasa lagu dalam Talentime tu BI. Maybe dalam Talentime je kot ada versi BI. Aku masih mencari versi Hariz. Ada ke?

Thank You

Degupan jantung ku kembali normal :) Thanks ya Dr.Nizam. I do really appreciate it :) Dr.Nizam lah yang buat degupan jantung ku kencang semalam..hehe

Free lunch lagi with Dr.Mat :D I'm interested to what u said but let me think first okey. Nak dapatkan gambaran jelas mengenai segalanya :)

Semalam aku tak buat apa2 kerja pun. Tension jawab paper semalam sampai bawak ke malam :) So today, kena gak buat kerja. Sikit pun jadi lah..

Question & Answer:

Q: Time is running out. Why do not do it now?
A: Sebab aku tak ada mood + malas lah :D

Confessions of a Shopaholic

Best!!best!!best!!
Kelakar :D
Kisah Rebecca Bloomwood yang addicted to shopping..
Aku suka movie nie macam aku suka novel nya :)


p/s: bestnya kalau aku memiliki bilik yang penuh dgn baju, kasut, beg macam Rebecca..cantik2 belaka :D

Tuesday, April 14, 2009


Hari ini dimulakan dengan menduduki peperiksaan akhir bagi subjek pertama iaitu Adapted Physical Activity. boleh tahan susah gak lah exam APA tadi. ada certain term yang aku masih lepas pandang dalam nota. so logik je la jawapannya *sigh* Answered 25 MCQ and 8 MEQ. rasanya payah gak nak score for this paper :(

Paid total RM80 for dinner (banyaknya). RM30 for Sports Science Dinner and RM50 for Grand Night for all Final Year PPSK. mahalnya lah bayaran tapi disebabkan this is the last dinner together, so bayar je la. hope best lah both dinner tu..

Apabila teringat pasal dinner ini, aku masih tiada pakaian yang sesuai mengikut tema untuk di pakai pada malam tersebut. Retro, Classic @ Old School for Sports Science Dinner and Smart Casual for Grand Night. dah lah less money ni. macam nak kena keluar kan duit lagi *sigh* And aku juga masih tiada idea pakaian apa untuk di pakai nanti..

p/s: degupan jantung ku agak kencang menanti hari esok :(

Monday, April 13, 2009

Aku hanya bergelumang dengan nota dalam masa 3 minggu terakhir ini dan juga final thesis presentation..

Final paper start:

14/4 - Adapted Physical Activity
26/4 - Therapeutic Exercise
30/4 - Sport Management (last subject taken in my degree programme..yahooo!!)

22-23/4 - Final thesis presentation

30/4 - hardcover final thesis submission

Walaupun aku busy dengan blaja & also presentation (slide tak siap lagi) tapi aku still have time to watch Japanese Drama :D Well, just 1 episode for a day :) Bosanlah if asyik dengan nota je :)


Last night, jadilah hari yang bersejarah dalam hidup aku...sebabbbbbb...For the first time, aku tak menonton ABPBH LIVE tau..it's all because of the exam tomorrow..aku telah amanahkan Aliff tuk menonton ABPBH and report pada aku :D Aku sokong result semalam cuma penyanyi wanita dan lelaki popular..masih tiada sesiapa mampu mengalahkan mereka ye..Mawi okey lah since aku suka lagu Sujud :) and Nabil Raja Lawak 2 mendapat gelaran bintang paling popular 2008..cayalah Nabil walaupun semalam dengar kata dia ada menimbulkan kontroversi..tak pe lah..nanti aku balik rumah aku akan tengok ABPBH :)

Saturday, April 11, 2009

Malam ini aku akan kembali ke USM..tak da mood la nak balik..memang ni perangai aku tiap kali nak kembali ke USM pun..kena ada kan mood molek2 ni lagi pun hanya lebih kurang 3 minggu je berada di USM..then, aku akan kembali ke rumah ku and no need to go there again..alangkah indahnya pada masa itu..tapi ye ke indah??@ aku mula rindukan USM dan kehidupan di sana balik..emmm ntah lah..

Sangat suka balik rumah kali ni even mostly my time only at home kan..tak da keluar pun..just keluar dgn Aliff la hari yang lepas..tenang je tiap kali berada di rumah..even ada masalah apa pun tetap tenang je..maybe aura rumah nie ada kot ek..patutlah orang selalu kata "Home Sweet Home"..memang sweet pun :) And aku dapat makan segala yang aku idam kan selama cuti ini terutama durian..hehe..my dad bought durian semalam..akhirnya ketemu jua durian pada masa yang bukan musimnya ini..

Ok lah..sebenarnya aku pun tak tahu apa tujuan post nie..huhu..aku hanya nak menaip even tak tahu nak taip apa..aku tak tahu apa perasaan aku sekarang..yang aku tahu hanya bosan (seriously the reason sebab cuti dah habis..uwaaaa)

Wednesday, April 8, 2009

I Need Water!!!

Rumah aku tak ada air..dari semalam tak ada air..
Rimaslah tak ada air..air masak pun dah semakin kekeringan nie..
Aku lak dah sakit tekak & rasa lain macam dah nie :(
Macam mana nie..

Tuesday, April 7, 2009

My Daddy's Secret :D

Tadi aku baru dapat tahu satu rahsia ayah aku..haha..ayah aku sangat minat pada Rani Mukherji (jangan kata tak kenal lak Rani nie) sebab muka Rani mirip muka arwah mak aku masa muda dulu..hahahaha..slow je ayah aku cakap..hehe..aku gelak bagai nak terkeluar anak tekak :D Ayah aku memang suka tengok Rani berlakon..if Rani berlakon baru semangat nak tengok..siap tanya "Rani ada ke?"..hehe..aku ingatkan sebab Rani nie berlakon best ke, comel ke, sebab aku pun suka tengok Rani..rupanya ada sebab lain..yang pelik baru malam nie ayah aku bongkar rahsia masa tengok Coffee With Karan tadi :) Sebab Rani & Kareena Kapoor jadi guest..ayah aku kenal Rani je :)

p/s: Bukti gambar tak da lah lak..hehe

Monday, April 6, 2009

I Will Be - Avril Lavigne/Leona Lewis

There's nothing I could say to you
Nothing I could ever do to make you see
What you mean to me
All the pain, the tears I cried
Still you never said goodbye and now I know
How far you'd go

I know I let you down
But it's not like that now
This time I'll never let you go

I will be, all that you want
And get myself together
Cause you keep me from falling apart
All my life, I'll be with you forever
To get you through the day
And make everything okay

I thought that I had everything
I didn't know what life could bring
But now I see, honestly
You're the one thing I got right
The only one I let inside
Now I can breathe cause you're here with me

And if I let you down
I'll turn it all around
Cause I would never let you go

I will be, all that you want
And get myself together
Cause you keep me from falling apart
All my life, I'll be with you forever
To get you through the day
And make everything okay

Cause without you I can't breathe
I'm not gonna ever, ever let you leave
You're all I've got, you're all I want (Oh)
Cause without you I don't know what I'd do
I can never, ever live a day without you
Here with me, do you see
You're all I need

p/s: this song is really great..love the lyric so much..dedicated to my love..he's doing everything for me..I Will Be :)

- I just don't understand why Leona sing this song ek?lagu nie lagu Avril tau..she wrote and sing it first..Apa pun, both version is good but I like Avril's version..sweet je :)
Let's see :)

Apa aku buat selama 10 hari di rumah??

1. Download drama Jepun (itulah tujuan aku balik ke rumah)..drama yang di download based on recommendation di Sars-Fansubs and D-Addicts..satu drama dah selesai..lagi satu drama & SP ongoing..hope sempat siap sebelum 11hb malam :) & also download 90210 from youtube..

2. Watching drama and movie yang ada dalam hard disk aku nie..Seigi No Mikata (best, Shida Mirai comel!!!), Hana Yori Dango Final (best gler..lepas rindu nak tengok Inoue), Los and Faun (bosan..last2 aku tgk ending je), Raise Your Voice (biasa je)

3. Download lagu..tak kira lagu apa, aku download je..tapi sampai skrg aku tak dengar lagi lagu yang dah di download itu..

4. Siapkan diary APA dan report trip Sport Management (kerja berfaedah yang aku buat :D)

5. Baca novel CInta Tiada Akhirnya by Fauziah Ashari (kesinambungan Ombak Rindu) sekarang tgh membaca Rindu Cintaku (kesinambungan Ombak Rindu & Cinta Tiada Akhirnya)..mintak2 boleh baca + still tak lupa pada kerja yang ada :)

6. Nonton TV..Intan (pengaruh mama :D), CSI, Cerekarama (lama dah tak tengok cter cmnie + Fazura berlakon :D) + cter apa lagi ntah..


Apa yang patut aku buat dalam masa cuti yang tinggal??

1. Studi tuk final exam..ada 3 paper je..'je' tue nampak cam senang je ek..

2. Preparation for final presentation..berdebar lak bila sebut nie..huhu

3. Kerja sampingan :D = baca novel


p/s: masa semakin mencemburui hari2 senang ku :(

Sunday, April 5, 2009

Kembali

Ada pun internet..sengal betullah Telekom nie..boleh lak dipotongnya talian sedangkan tulis dalam bil kata bayar sebelum 6hb April tapi 2hb April dah dipotong..geram aku..kalau kata 6hb tue, hari tue lah potong..yang nak g potong awal2 tue napa??sengal telekom..nasib baik aku tak fire korang!!huh..tak pasal2 aku kena g CC tuk emel report pada Dr. Hairul..tapi nasib baik Aliff yang bawakkan..hehe..

Minggu lepas, aku balik kampung, Kg. Muhibah Sg. Gapoi..aku baru tahu nama kg aku ada Muhibah..mati2 aku ingatkan Sg. Gapoi je..hehe..balik pun sebab ada kenduri kahwin kat Bentong pastue teruslah balik kg..bosan gak balik kg kali nie sebab tak ramai yang balik pun..ada Mak Ndak aku je..aku tidur je sepanjang petang tue..panas2 pun layan tidur jela..petang tue baliklah Subang sebab mama kerja keesokan harinya..haa pasal kenduri yang aku pergi tue, ada 2 pasangan pengantin tau..4 pengantin lah maknanya..kakak & adik kahwin sekali..aku tak nak majlis aku bersama orang lain..tak best lah..bagi aku, majlis kahwin aku biar aku sorang je raja sehari..orang lain tak boleh ambik title tue pada masa yang sama..& orang lain semua tumpu pada aku sorang..bila lagi nak rasa orang bagi tumpuan kat kita kan..hehe..

Semalam, keluar dengan Aliff lagi..tempat pertama yang kami tuju adalah Hentian Putra..mahu beli tiket balik oo..aku balik 11hb malam..nak extend lagi tapi dah tak boleh dah..11hb pun rasa dah lambat benar nak balik..pastue seperti biasa, kami ke BTS..nonton Talentime..oklah movie nie..adalah lawak gak..sedih gak tau part last sekali dalam movie nie..bergenang je airmata aku masa tue tapi tak mengalir lah..haha..bestlah lagu yg Hariz (betul kot nama nie :D) nyanyi dalam movie nie..Aliff pesan suruh aku cari lagu itu..baik Tuan..hehe..

berehat sebentar ya :)

Wednesday, April 1, 2009

Aku memang seorang yang perahsia..banyak benda yang aku simpan dalam hati..dari dulu memang aku begini..jadi sampai sekarang aku begini..aku tak tahu bagaimana cara nak menunjukkan apa yang aku rasa..sedih, gembira, sakit hati, sayang, cinta, rindu..kesemuanya lah..kadang2 pun orang salah anggap pada aku..mereka ingatkan aku marah krn PMS tapi sebenarnya aku memang marah..bukanlah marah sebenarnya, cuma terasa je..aku masih tak membuka hati ku ini sepenuhnya pada orang..tak kira siapa walaupun Aliff sendiri..kadang2 apa yang aku rasa dan lakukan, aku hanya simpan saja..ada niat nak meluahkannya pada sesiapa tapi kadang2 terfikir bahawa orang lain tak ada masa untuk mendengar luahan hati aku..aku berahsia lagi dengan Aliff..aku tak ada niat nak buat begitu..serius tak ada...tapi kenapa jadi begini..aku takut kepercayaan dia hilang pada diriku..aku takut dia jadi lain pasnie..aku sangat2 rasa bersalah...dan baru sekarang aku sedar yang memang bukan semua perkara aku luahkan padanya..aku tetap mahukan masa tuk diri sendiri..aku fikir kadang2 perlu tuk bersendiri dan mempunyai rahsia sendiri kan..tapi entahlah..mungkin setelah berkasih, aku perlu ubah pendirian dan sikap ku yang satu itu...sori sangat syg..
Finally, finished the blog diary..3 days tau did that diary..kena ingat balik apakah feeling masa kelas praktikal dan sebagainya..jenuh nak ingat..haha..and the blog of course lah tak buat guna the same account kan..the link?? xde makna aku nak bagi..ayat skema gler dalam diary tue..hehe..

And now tibalah saat tuk aku habiskan tgk drama Jepun ku :)

Hari nie, April Fool kan?? :D