Monday, August 31, 2009

Merdeka Day

Pecah rekod, hari ini lepas sahur tak tidur balik. Semata2 nak tengok sambutan merdeka :)

Sokong tema "Satu Malaysia"

Proud to be Malaysian

Sambutan merdeka tahun ni diadakan di Dataran Parlimen dan hanya 40 minit saja sambutan kali ni. Sangat singkat. Huhu. Baru seronok tengok dah habis. Sebab ramadhan kan, penat sihh sapa yang masuk perbarisan. Tak kan nak buat lama2. Bagi aku, tak best sikitlah coz aku nak sambutan merdeka diadakan di Dataran Merdeka. Baru kena. Tapi tak apa, only this year maybe.

Apa yang best pasal sambutan merdeka?

Aku sangattt semangat tunggu sambutan merdeka untuk melihat Perbarisan Askar Melayu Diraja (tu je ke nak tengok?). Suka sangat tengok tentera kawad. Walaupun dah selalu tengok dan perbarisan sama je tiap tahun tapi still best. Aku ni kalau tengok tentera kawad, memang static je. Tak bergerak dan berkelip mata pun. Cehh tak berkelip mata tu tipu sangat. Hehe. Yang pasti, best!!

Then, nyanyi lagu kebangsaan. Satu Malaysia, Jalur Gemilang, Malaysia Tanah Air ku. dll. Sambutan camni lah baru aku nak nyanyi. Kalau tak, tak ada nyanyilah deh..

Ingin ucapkan,

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-52
Sesiapa yang masih tidak rasa merdeka, merdekakanlah diri anda.
Aku ni dah merdeka ke?


Terlebih menu

Semalam, menu berbuka puasa di rumah ini adalah yang paling banyak setelah 8 hari berpuasa. Biasa memang sikit je. Lauk then kuih 1 jenis. Family aku bukan jenis yang suka pergi ke bazar ramadhan, beli banyak2 @ masak banyak2 sebab 3 orang je yang nak makan.

Semalam, Aliff buka puasa di rumah. So dah tahu kenapa menu terlebih dari biasa? :)

Menu semalam adalah:
tempoyak ikan patin, kacang buncis goreng, ikan pari goreng, kerabu mama, karipap pusing, cempedak goreng (jiran bagi), kuih pelita, murtabak, dan air tebu (Aliff beli kat bazar)

Itu jela. Lebih dari 3 tu kira banyaklah :)

Aliff datang jam 3 lebih. Pastu aku bukakkan dia Youtube then haa layanlah Youtube. Aku duduk dapur menyiapkan karipap pusing ku. Hehe. Jadi beb!! Berpusing2 karipap tu. Suka betullah bila lawa dan sedap karipap. Maklumlah, buat 2 kuih before ni kan kuihnya lembik. So bila kuih kali ni sedap, jadi semangat nak buat lagi :)

Lupa nak ambik gambar karipap lah. So tak boleh nak tunjukkan bukti. Hehe.

Bila aku masak apa sahaja, mesti Aliff akan kata, "ohh mak masak cara lain, bla bla bla". Terus aku teringat satu artikel yang aku baca dalam CLEO yg cakap lelaki ni akan terpikat pada perempuan yang lebih kurang sama dengan mak dia. Cara masak aku memang lain sikit dari mak dia, dah orang lain yang ajar aku masak kan, tapi perangai aku lebih kurang sama dengan mak dia. Apakah perangai itu? Salah satu nya, macam biasalah, perangai mak, MEMBEBEL!! Hahahaha

***************************

Semalam ada tengok Konsert SATU Dato' Siti Nurhaliza dan Konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour. Konsert SATU agak bosan sikit tapi konsert Fantasia best. Dah tengok dulu pun nak tengok lagi. Sebenarnya, dari dulu aku minat Siti. Bagi aku no one boleh lawan sedap dan moleknya suara dia. Sekarang, minat aku pada diri dia dah berkurang (taklah obsess cam dulu) cuma suka pada suara dan lagu dia saja. Kalau dulu kira Siti ni memang idola lah orang kata..





Sunday, August 30, 2009

I Love You Muchhhh Baby

Happy!! Happy!! Happy!! Semalam seharian dengan baby. Suka2 :)

Unexpected thing happened when he made me waiting for 20 minutes and come back with flower. Bunga tipu je. Hehe. That's for my graduation yang Aliff tak dapat pergi. Present from him. Suka sangat!! *love love* Ahh bestnya if u ada jugak masa graduation..

The flower with two ferrero roshe :)


Inilah janji baby yg sudah ditunaikan :)

Thank you sooo muchhh baby..
Love you sooo much baby..

Okay. Come back to the whole story about yesterday.

Pagi2 lagi (tak lah pagi sangat, lepas subuh lah. Hehe), kami bergerak ke Jalan Semarak. Akhirnya aku dapat masuk kem Aliff. Bukan senang tau. Kem dia kecik je, penuh dgn kereta, trak, dan ada bangunan kerja dan bilik.Itu saja. Bukan macam kem batu 10 @ TUDM Subang (aku pernah tinggal di sana) yang besar. Pergi ke sana untuk mengambil kotak yang berisi barang2 admin Aliff. Biar simpan di rumahku, next time admin, tak payah nak beli the whole thing. Banyak tu, duit pun banyaklah yang kuar.

Then, kami pergi ke KLCC. Tujuan utama nak bayar bil. Perrghhh bil bulan ni melambung2. Oii maxis, betul ke ko kira ni? Macam aku tak percaya je. Rasa macam taklah sampai begitu bil nya kotttt.

Tengah keluar, dapat sms dari Ain mintak tolong emailkan resume dia dan kalau boleh dia nak semalam. I guess it's important so lepas ke KLCC, went to Setiawangsa (where Aliff had booked the flower), kami pun balik untuk email dan rehat2 kejap pastu keluar balik.

Lepas tu, ke Bukit Cahaya Sri Alam tapi sayangnya dah tutup. Huhu. Beriya aku nak masuk sana. Jadinya, kami ke Taman dekat dengan Masjid Shah Alam. Don't ask me the name sebab aku tak tahu. Lepas tu, Aliff nak pergi ke Plaza Alam Sentral. So kami ke sana, pergi bazar ramadhan kat situ. Aku bau semua sooodaaappp je, rasa macam nak beli semua. Nafsu makan betul. Haha. Tapi akhirnya, satu pun tak beli. Hehe. Lepas tu, pergi ke Kompleks PKNS dan ada lagi 2 kompleks kat situ (baru aku tahu kat area situ rupanya ada 4 mall) untuk survey baju melayu Aliff. Semua tak berkenan. Memang tak berapa menarik dan pilihan terhad.

Lepas tu, kami berbuka puasa di KFC. Aku teringin makan nasi ayam KFC (macam tak pernah makan). Haha. Ramai gler orang kat KFC dan beratur punya beratur akhirnya kami berbuka puasa jam 7.50 pm. Lepas tu, g beli kek di Secret Recipe pulak. Aku teringin lagi. Hehe. Itu pun kalau boleh aku nak Big Apple jugak. Tapi tak larat dah. Next time lah :p

Jam 9.45 pm, kami sampai di rumah. Aliff duduk2 kejap dan pulang ke kem.

Sangat penat keluar seharian semalam. Aliff kata dia lagi penat layan aku. Macam2 perangai. Haha. Relaxlah baby, bukan selalu u nak layan i kan. Hehe. Penat tapi best!! Rasa macam nak jalan2 je. Memang suka sangat jalan2 ni :)

Thanks for everything baby. Lain kali kita jumpa lagi ya.

Lain kali itu adalah hari ini. Haha.

Aku yang sengal.
Senget2 ambik gambar :D

Friday, August 28, 2009

Try Again (2)

Hari ini, buat kuih bakar tapi lembik pulak.
Terlebih santan dan kurang tepung lah tu.
Kelmarin, buat kuih lapis tapi hanya masak di tepi, tengah2 tak masak pulak. Lembik jugak.
Apalah nasib aku ni, kuih lembik je ni..
Suka sangat lembik2 tau. Aiyoo.

But its okay lah. Baru cubaan pertama.
Orang kata masak ni kena rajin dan berulang kali. Baru jadi.
So next time, I will try again.

Aku nak belajar buat kuih tradisional sebanyak yang mungkin.
Nanti dah kahwin, boleh buat tiap petang.
Sejuk hati si suami tengok si isteri rajin buat kuih. Haha
Wahh macam rajin sangat lah kan. Entah2 hanya tinggal kata2 je.
Berangan je lebih aku ni oiii. Jauh lagi masanya itu :p

Lama dah tak jawab tag

Tag sudah kembali. Hehe. Aku telah di tag oleh ayudeadwish. Nasib baik senang je. Kalau susah, banyak soalnya, lagi lambatlah aku jawab. Hehe

*-*kena letak award nie di blog korang

~ dah letak semalam.....

*-*bagi award pada 10 blogger yg rapat ngan korang atau sesapa jer la yg korang nak bagi

~ Shaleen. Aku tahu kau cukup malas nak buat tag tapi aku nak bagi jugak kat ko. Hehe
~ Iryani yg tengah bertungkus lumus menyiapkan pomander ball :) Eh bukan stop ke fasting ni?
~ Emei. Dulu masa sekolah tak pernah bertegur tapi skrg jadi rakan blogger.
~ Ai@reel
~ Kak Neezareef
~ Azma
~ Alvin Si Miskin Bercherita
~ Lya Colours yg nak update pasal juadah berbuka tiap2 hari. Buat terliur jela.
~ Hasra yang dah berkurun tak update blog
~ Semua followers dan sesiapa yg baca dan nak jawab tag ni.

*-*memberitahu penerima award nie dengan memberi komen di blog mereka

~ kamu baca post ni, tengok ada diri kamu di tag, so jawab2lah. Layan diri ya. Malas nak bagi komen tag lor..

Jawablah. Tak yah segan2 ;)

Bersamalah kita berpuasa

Ramadhan hari ke7,
Dengan ini diisytiharkan, aku PUASA hari ini ;)
Bangun sahur buat kali pertama dalam bulan Ramadhan,
makan sikit je
banyak minum air..

Aku masih batuk. Bila nak okay entah, nak habis antibiotik aku telan dgn pahit sekali.
Sebab apa pahit?
Sebab antibiotik dah cair dalam mulut tapi still tak telan2 jugak. Huhu

Kat sini hujan, lebat sangat. Agaknya musim hujan dah kembali ye. Tiap hari asyik hujan je sekarang.
Orang yang berniaga di bazar ramadhan harap bersabar ya. Hujan2 ni, aku rasa tak ramai akan pergi bazar. Kat tempat aku ni, hujan pagi dan petang.
Aku suka hujan, sejuk je.
Tak nak hujan disertai dengan petir dan guruh, takut!!
Cehh macamlah aku boleh kontrol benda tu. Hehe

Okaylah.
Dah lebih 30 minit sahur ni, bolehlah solat dan lepas tu sambung tidur.
Hujan2 ni tidur masyuk :p

Thursday, August 27, 2009

Apa di hatiku..

Wajarkah seorang isteri call lelaki lain pada jam 4 pagi?
Emm entahlah.
Mungkin dia ada masalah yang ingin dikongsi tapi kenapa tiada masalah yang dikongsi di akhirnya?
Mungin dia ada masalah dan inginkan orang lain bercakap dengannya untuk buat dia lupa seketika masalah yang menimpa dan juga untuk berasa happy seketika..
Tapi, tiada orang lain kah yang ingin di call pada masa itu?
Kenapa ya?
Kenapa aku tetap tak puas hati dengan isteri itu?
Kenapa aku fikir tak wajar seorang isteri call other guy very very early in the morning yg obviously not the right time?

Adakah aku cemburu?
Wajarkah aku cemburu pada si isteri?
Kenapa aku jadi bengong ni?

Wednesday, August 26, 2009

Ohh ya..

Hari ni, juadah berbuka puasa = ayam masak halia dan kubis goreng je. Aku tak buat kuih pun. Lagipun bukan ada sesiapa nak berbuka di rumah sebab ayah dan mama kerja dan akan pulang lebih kurang jam 10 lebih nanti. Dalam 5 hari puasa ni, baru 2 hari ayah dan mama berbuka di rumah. Bosannya bukak puasa sorang2..

Okay2. Biarlah aku berterus-terang ;) Sebenarnya, aku tak puasa hari ini dan sejak puasa pertama lagi. Huhu. Nak buat macam mana, kena ponteng jugak. Orang lain semangat nak sambut hari pertama puasa tapi aku buat dekkk je. Tak best langsung ponteng puasa awal2 ni. Pontenglah hujung2 puasa nanti, boleh rasa kuih raya dulu. Haha.

Sekejap je dah Ramadhan dan sekejap je dah hari ke5 puasa. Rasa macam baru 2 hari je. Cepat betul masa berlalu.

Hari ini, tiada apa sangat yang aku lakukan. Bangun tidur, basuh baju, baca novel, check ladang kat FB, online career, tengok drama Jepun, tengok TV kejap pastu bosan tak ada cter then tidooo. Bangun tidur then check ladang kat FB lagi then masak then makan masa time berbuka walaupun aku tak puasa.

Tak ada plan nak buat apa lagi malam ni...






Tuesday, August 25, 2009

Boleh ke aku telan?

Aku baru je balik dari klinik.
Akhirnya, aku ke klinik jugak.
Sepanjang aku dah besar ni, inilah pertama kali aku ke klinik bila sakit tak kiralah batuk, selesema, demam. Selama ini tak pernah pun. Biar baik sendiri je. Reason tak nak ke klinik, nanti dapat ubat pil.
Tadi, aku batuk sangat sampai ayah aku bawak ke klinik.
Bukan teruk pun batuk sebenarnya cuma bila sekali dah start batuk, berterusan batuk tak henti2.
Doc kata aku hanya batuk sahaja.
Jadi, aku dapat antibiotik yang sangat besar bagi aku yang tak reti makan ubat pil dan ubat untuk buang kahak.
Macam mana aku nak telan antibiotik ni? Panadol pun bukan main payah nak telan. Sampai kadang2 aku buang je sebab dah pahit tapi tak telan2 jugak. Huhu.
Antibiotik wajib dihabiskan. Aiyoo.
Napelah tak diciptakan semua ubat dalam bentuk cecair.
Kan senang..


Hunting

It's hard to find a job sekarang. Aku sudah tolak dua kerja sebab its all about sales. You have to achieve target sales bla bla bla. Ohhh tak ada ke kerja yang tak tumpu pada sales? Aku tak nak buat sales ni. Lemah sangat. Itu choice terakhir akhir sekali memang sangat akhir bagi aku. Akhir sekali, pendek kata tak nak buatlah.

Dulu masa belajar, aku rasa sport science field ni banyak cabang. But now bila sudah keluar, aku rasa cabang sport sc kecik sangat. Emm. Aku tak pernah menyesal ambik sport science walaupun pada mulanya memang aku tak nak. Bila dah jadi macam ni, adakah aku rasa sesal?

Ohh tidak!!! Jangan sedikit pun rasa macam tu. Susah2 kau belajar 4 tahun, then habis belajar kau fikir macam ni pulak. Tak berbaloi 4 tahun tu. Dahlah baru konvo. Ini semua dugaan. Rezeki setiap orang lain2. Maybe rezeki aku payah sikit nak dapat. Who's know? Tingkatkan usaha. Pray for me kawan2...

p/s: feel useless doing nothing..




Monday, August 24, 2009

Aku batuk...



Dah 3 hari..
Sakit batuk ni.
Penat dah g tandas buang kahak, penat dah batuk2 sampai rasa tak larat.
Hope aku tak dijangkiti sakit yang popular sekarang.




Sunday, August 23, 2009

CONVOCATION & JALAN2

16 Ogos 2009
Aku sudah bergraduasi!! Hooraayyyy!!!
Akhirnya tiba hari yang ditunggu. Happy sangat walaupun not all my family there.
Angah & Anjang tak dapat datang.
Dan juga kekasihku yang tersayang. Dia kerja pada hari itu. hukhuk.
But you promise me one thing ya. Remember :D

Sebelum bertolak ke USM


Thanks for coming keluargaku *Mmuuaaaahhhh*

Exercise and Sports Science (9 drpd 13) bersama Dr.Mat
Yang lain, tak tahu mana menghilang..

Suka sangat gambar ni.
Haikal comel :)

Aku nak bagitahu satu benda. Hehe.
Aku tertinggal baju konvo!!!
Diulang..
Aku tertinggal baju untuk dipakai masa konvo!!
Apa yang aku ingat pun tak tahulah. Barang penting pun boleh lupa. Huhu
Jadinya, sampai saja di Penang, ke Bukit Jambul untuk mencari baju.
Terjumpa jugak baju yang ada saiz aku.
Nasib baik lor..

Kepada rakan2 sekalian,
Selamat berjaya dalam apa jua yang kamu lakukan.

Moga kita akan berjumpa lagi.
.

p/s: More pictures about convocation on My Facebook & My Friendster


***********************

Habis tentang convo, sekarang tentang jalan2 dengan family pulak :)

Habis convo, aku bergegas ke tandas untuk menukar pakaian. Tak mahu aku jalan2 dengan baju kurung itu.

Destinasi pertama adalah tempat menjual jeruk.
Apalah makna datang Penang if tak beli jerukkan.


Then, kami ke Bukit Bendera. Mama takut naik keretapi sebab tu dulu pernah datang sekali tapi tak naik. Kali ni, mama naik bersama kami. Tak takut pun kan mama? Naik skyway genting lagi seriau. Turun dari Bukit Bendera, terus ke Padang Kota Baru untuk dinner. Then, terus pulang ke Mar Vista yang tak best!!! Huh





Pagi Isnin, kami bergerak pulang. Dalam perjalanan pulang, singgah sebentar di Selinsing, rumah Tok Cik dan Tok Jang yang berada di tengah2 sawah padi. Aku sangat suka sawah padi. Selama ini tengok beras dah siap je. Teringin rasa nak belajar menanam padi. Ada lintah ke dalam sawah padi? If ada, kena fikirkan dulu sebelum masuk sawah. Tak rela lintah hinggap kat kaki ku.



Lepas ke Selinsing, teruskan perjalanan ke Cameron Highlands. Destinasi Cameron ni tak ada dalam plan tau. Cadang nak terus balik tapi dah alang2 lalu tu, singgahlah di Cameron.

Makan durian di Cameron. Musim durian tak habis2 lagi eh?
Haikal memang hantu durian. Bertambah suka dia :)

Stayed here for a night.
For the first time, I got a single room :)

Jagung manis





Hanya melihat ladang teh dari tepi jalan


Turun dari Cameron, singgah makan di Tapah dan kami pun berpecah. Aku dah kembali naik kereta ayah. Biasa memang akan naik kereta dengan Along, nanti if tak naik, Haikal geram. Haha. Along terus balik ke Kuantan dan aku terus balik ke Subang. Lebih kurang jam 4.30 pm, aku sampai di Subang. Penat sepanjang empat hari berjalan. Tak kisahlah janji best!! Dah lama tak jalan2 dengan family nanye..

Inilah Haikal in the car. Main robot transformer.
Bukan setakat tangan bergerak, mulut pun berbunyi. Hehe.

p/s: More pictures dalam album Facebook & album Friendster.

Friday, August 21, 2009

Dah Okay :)

Yetta!!!
Internet dah okay.
Berkat kesabaran selama seminggu ini akhirnya berbalas jua.
Ohh sukanya, tak terkata. Hehe


Sekarang, aku baru nak lunch.
Last day nak lunch nie.
Esok nak start berpuasa.

Dikesempatan ini, diriku ingin mengucapkan,

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
Selamat berpuasa :)


Puasa penuh ye bagi mereka yang boleh puasa penuh. Hehe


Wednesday, August 19, 2009

Still not OKAY

Emm aku kat CC lagi!!!
Internet masih tidak okay lor. Aduhai.
Tadi aku pergi ke TMPoint dan orang di sana kata modem ada masalah sebab line okay je.
Jadinya, aku kena pergi ke Riger center pulak untuk betulkan modem.
Aii still tak settle lagi masalah internet ni.
Ingatkan boleh settle hari ini. Huhu

Aku akan update about convocation dan juga journey for 4 days after internet connection okay :)

Okaylah. Nak keluar dari CC dah ni. Tak bestnya tak ada internet.
As I said before, bosan hidup tanpa internet ni :(


p/s: Asyraf Sinclair berlakon dalam sinetron Sekar!! Haha. Lawak pulak tengok dia berlakon dalam cter Indon dengan loghat Indon dia :D

Friday, August 14, 2009

Awat tiba2 buat hal

Internet rumah aku tiba2 je buat hal.
No connection sebab ada satu lampu tak menyala (kena nyala empat lampu baru ada connection)
I've called Tmnet center tapi dia suruh aku pergi ke center untuk fix the modem @ just wait until internet okay.
Hari tu pun pernah buat hal camni gak tapi malam dah okay.
Kali ni tak tahulah berapa lama baru internet okay.


Sekarang, aku ada di CC.
Aku keluar beli barang jadi singgahlah CC kejap.
Bising gler kat sini (paham2 jela budak main game),
pastu skrin komputer ni punyalah besar (nak tercabut biji mata aku tengok)
dan aku terpaksa gunakan IE sebab Firefox tak ada dalam komputer ni (dah jadi tak tahu nak guna IE lak)

Esok pagi aku akan bertolak ke Penang for convocation.
Bestnya!! Tak sabar nak jalan jauh ni :)
Aku akan berada di sana selama tiga hari.

So,
Until I come back from Penang,
Until internet connection is okay,
Until then,
take care everyone :)

Thursday, August 13, 2009

Result = Best

Ada nampak perubahan tak? Hehe
Sebenarnya, aku tak puas hati selagi aku tak tukar template.
Tak bolehlah. Bila kau berniat nak tukar, so kena jugak tukar sampai aku puas hati.
Jadi, lepas makan malam, aku keep browsing lagi dan
Inilah hasilnya!!! :)



Nampak tenang je kan? Aku nak warna pink tapi template pink tu tak lawa sangat pulak.
Jadinya, biru pun orait lah.

Sudah. Lepas ni, tolong jangan nak ubah lagi Siqah oii..
Kau memang nak bagitahu semua orang yang kau tak ada kerja.



p/s: tulisan template nie kecik sikit. Jadi, besarkan mata anda ye :)

Result = Nothing

Tiba2 aku rasa nak tukar blog template.
So, aku search for blog template (byk site tau, dahlah byk template. Susah nak pilih mana satu yang best)
Akhirnya, jumpa template yang aku nak.
Then, aku pun install template tu.
Tapi sayangnya, bila dah save, baru tahu yang template ni tak boleh diedit.
Text font,font size, colour and everything lah.
Sudah aku tak berkenan pulak sebab original font and colour tak lawa.
Aku nak jugak guna Trebuchet dan nak tukar colour lain.

Ini template yang aku tak jadi guna.
Lawa kan?

Then, aku terpaksa copy paste template sebelum ini,
Dan kena edit balik page element satu persatu.
Buat penat je!!
Sepanjang petang tau aku buat.
Akhirnya, sama jugak template yang aku guna. Cehh!!

Menghitung Hari

Nak pergi nak pergi nak pergi
Lambatnya hari sabtu


Wednesday, August 12, 2009

We will meet soon

Suppose aku pergi Penang hari ini untuk ambik jubah dan raptai konvo malam esok. But last minute, I canceled it. Aku nak sangat pergi awal, hanging out with my friends again sebab after convocation, tak tahu bila lagi mahu berjumpa. But.. Whatever it is, I miss them!! Instead of going tonight, aku akan pergi Penang hari Sabtu ini with my family. Thanks Cham for willing to take my jubah. Nanti aku belanja kau makan eh *bila aku dah kerjalah :)*

Yup! My convocation akan berlangsung pada hari Ahad, 16 Ogos, jam 9 pagi in USM Penang *jemputlah datang*. Aku dalam sidang ke9 (last sidang). Bestnya rasa nak konvo. Akhirnya penat lelah selama empat tahun berbalas jua. Cepat2 Ahad datang!!!

Dengan nak menghadapi big day ini, my calf muscles sakit. Itulah akibat bila aku skipping selama 15 minutes tanpa warm-up. Itu pun dah penat gler tau. Huh. Hasilnya makan lagi banyak dan kaki sakit. Tapi aku dah biasa dengan keadaan ini. Layankan jela. Cuma harap kaki ini baik sebelum Ahad ini. Tak nak aku naik pentas dengan jalan tak serupa bikin. Gaya kena ada beb!! :)

Kawan-kawan, nanti kita ketemu on our convocation okay :)

Tuesday, August 11, 2009

Buruk Perangai :p

Di sini hujan turun dengan tak berapa lebat :) Janganlah hujan kilat, guruh ni. Seriau aku eh.

Hari ini menu berbuka dengan sambal udang dan sayur kubis masak air. Mulakan berbuka puasa dengan air bandung. Perghhh!! Sedapnya. Minum air je dah 2 mug. Sudahnya tak larat nak habiskan nasi. Minggu depan nak menyambut Ramadhan dah kan. So aku tengah dalam proses menggantikan puasa sekarang ni. Buruk betul perangai kan? Dah nak ke next Ramadhan, baru nak penuhkan puasa tahun lepas. Apa nak jadi ni? Hope tahun depan perangai aku berubah elok sikit. Hehe. Bagi aku, asalkan habis ganti :)

Sekarang sebenarnya aku tak mandi lagi. Hehe. Lagi satu buruk perangai. Huhu. Sebenarnya nak mandi tadi. Tapi baru je nak mandi, mama balik bawak udang suruh masak. So aku pun masaklah. Siap masak betul2 azan pun berkumandang. Jadi, berbuka puasa dan solat. Mandi tak lagi sebab orang kata lepas makan tak boleh terus mandi. Nanti perut bertambah2 buncit tahu *sebab tu kena mandi before makan* Tapi tak buat jugak. Hoho

Okaylah. Nak mandi ni. Tengah2 blogging tiba2 mama kata kawan dia nak datang rumah malam ni. Kang sampai rumah tengok anak dara tak mandi lagi, perghhh segannya *cakap kat blog tak segan lak* Haha.

A butler who serve his precious lady

Mei-Chan No Shitsuji

Baru habis menonton drama ini. Best drama!! Semangat nak tengok hingga ke final episode.

Drama ini diadaptasi drpd manga Jepun yang bertajuk Mei-Chan No Shitsuji @ Mei-Chan's Butler. Kisah bermula apabila seorang gadis bernama Shinonome Mei kehilangan ibu bapanya yang meninggal kerana accident. Selepas kematian ibu bapanya, dia didatangi oleh Rihito yang mengaku dirinya adalah her butler. Dan kemudian Mei mengetahui bahawa dia adalah pewaris perusahaan Hongo (perusahaan terbesar di Jepun). Then she is force to transfer to St Lucia girl's academy, where all students have butlers. St Lucia girl's academy dihadiri oleh girl drpd keluarga besar di Jepun yang berusaha untuk menjadi perfect lady. Mei mempunyai saingan untuk menjadi the successor for Hongo's family iaitu Lucia-sama. Lucia-sama menggunakan apa saja cara untuk menyingkir Mei dari academy itu. Pada mulanya, Mei dibenci oleh rakan sekelasnya kerana dia dikatakan pesaing bagi Lucia-sama yang disayangi semua orang plus Mei mempunyai Rihito who's in S rank (highest rank in butler) yang dulunya merupakan butler for Lucia-sama. Akhirnya, mereka get along together.

Drama ini pelik jugak bagi aku (cam drama Love Shuffle). Well, you have a butler who will serve you forever. Macam pelayan high class lah. Selak page buku pun, butler yang buat. Apa kes? Macam2 orang kaya kan. Yang paling best, semua butler handsome2. Hehe. So pada sesiapa yang nak tengok drama Jepun yang dipenuhi laki2 handsome, inilah drama yang dicari :)

BTW, I watched this drama because of Rihito @ Nanba-senpai in Hanazakarino Kimitachi E @ Soshi in Zettai Kareshi. Okay his real name is Mizushima Hiro :) Tapi bila tengok drama ini, ada lagi actor Jepun yang lagi comel drpd Hiro. Hehe

p/s: who wants to be my butler? :p

Monday, August 10, 2009

Get Well Soon Kakak

Got a call from Kakak tadi. Kesian Kakak. Fortunately, Kakak tak dijangkiti virus H1N1. Hanya demam biasa saja. But still ditahan di hospital sampai sembuh.

Get well soon kakak. We have our big day this weekend :) Make sure you'll attend it okay.

Kakak is my roommate semasa di matrikulasi. Aku panggil dia Kakak dan dia panggil aku Mak Lang (sebab aku sangat happy dulu masa tahu yang aku bakal ada anak buah) :)

How I wish I could be a cute baby :)

Semalam, bangun seawal pukul 5.15 am dan terus bersiap2 nak ke Kuantan. Awal sangat bertolak ke Kuantan sebab before that, hantar mama kerja dulu. Mama masuk kerja pukul 7 am. Bangun awal dan sementara tunggu ayah mandi, sempat jugak aku check Barn Buddy dan Farm Pals kat FB. Hehe.

Lebih kurang pukul 6.15 am keluar rumah dan bertolak ke Kuantan pukul 6.50 am. As I said, aku drive sampai ke Kuantan. Senang je drive sebab highway beb. If ikut jalan lama, for sure dari 4 jam bertukar jadi 5, 6 jam nanti sebab for sure aku tak akan memotong punyalah. Tak berani memotong kat jalan lama. Sampai Kuantan pukul 10.15 am dan elok sampai je orang sudah ramai memenuhi rumah dan bermulalah tahlil. Kat kawasan rumah mumy (Taman Sriku, Batu 12), orang yang tahlil hanya perempuan. Memang ada persatuan kat taman tu. First time, aku jumpa perempuan yang baca tahlil. Yela, biasa kita tengok laki je.

Kenduri adalah untuk kenduri aqiqah dan kenduri cukur jambul untuk dua baby comel!! Daniel (anak Kak Ina, kakak Abg Ayin) dan Tasneem (anak Abg Ijan, adik Abg Ayin). Mereka sangat comel!! Aku geram sangat tengok mereka. Tasneem comel dengan gaun (baju kurung tak sempat siap) dan Daniel comel dengan baju melayu. Bila tengok mereka yang comel, teringat masa aku kecik2 dulu, comel gak. Haha. Bestnya jadi baby kan. No need to think anything dan yang paling penting, apa saja yang mereka buat mesti nampak comel. Itulah kuasa baby :) Dan bila tengok baby, jadi berangan lak (tahu kan apa yang aku angankan :p).


Ini bukan pelamin kahwin ye.
Baby diletakkan di sini semasa kenduri.



Tadaa!!
My name is 'Intan Nur Aleeya Tasneem bt Muhammad Azril Zal Naim' (what a long name)
If panggil Aleeya lagi comel kan? Well, her parents want to call her Tasneem.


Hello!!
Nama saya 'Muhammad Zul Daniel bin Abdullah'.
Just call me Daniel :)

Baby yang sangat suka senyum. Panggil je nama dia, then dia akan tengok kau dan senyum.
Cakaplah dengan dia, sure dia gelak, senyum je. Soo cute!!!!

Popular betul baby ni. Kecik2 lagi gambar dah masuk internet. Haha.

Angah pun ada datang jugak dari Terengganu. Dan seperti yang dijangka, tajuk perbualan mesti pasal pertunangan Angah. Bincang cepat2 Angah oiii. Banyak benda nak buat. The official date tak tahu lagi, yang pasti lepas Along habis pantang. Cakap pasal tunang, kakak aku dah berangan nak buat pelamin (idea dari pelamin di atas) for my engagement nanti. Sarung cincin atas pelamin. Mesti best. Memang best pun. Hehe. Tunggulah ye Along. Impianmu akan terlaksana. Hehe.

Ibu pun ada datang jugak kenduri semalam. Dulu, arwah mak mengasuh Iya dan Boboi (anak ibu) sejak dorang 2 bulan lagi. Sebab tu kami rapat dengan ibu. Iya dah makin besar, tahun ni UPSR tau. Dia dah malu2 dengan family aku. Budak dah besar. Boboi pun dah besar gak, baru start sekolah pun. Ibu kata Boboi sangat percaya cakap cikgu. Apa cikgu cakap memang betullah. So pada cikgu2 di luar sana, ajar anak murid baik2 okay sebab mereka memang percayakan kamu (pada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah aku tak sure).

Ibu kata badan aku dah berisi. Ibu kata baguslah badan dah berisi, kurus2 pun tak lawa. Memang pun. Tapi ibu kan, badan kak lang ni dah makin berisi pulak rasa. Tadi aku timbang, berat aku sudah naik 0.5 kg dalam masa sehari. Bayangkan kalau seminggu?? Gler beb. Bagai di pam2 badan ni kang. Maybe sebab semalam makan daging fresh kot. Haha. Puasa nanti turunlah berat badan kan. Jangan naik lagi, berat badan aku dah melepasi berat badan yang aku aim dulu. So tak boleh naik lagi okay. Dalam erti kata lain, jaga pemakanan dan pergilah exercise :)

Macam pelik pulak bila entry ini tiada gambar Haikal kan. Dah ada dua baby comel, tak ingat Haikal. Kesian dia. Hehe. No worry lah Haikal. Haikal tetap nombor satu di hati Mak Lang :)

Buah hati kecik :)

Tiba2 petang semalam, Haikal tak sabar nak robot transformer kat Petronas. Dia mintak dengan Tok Ayah since ayah aku kata dah belikan kat dia. Tapi tak bawaklah (sebenarnya tak beli pun lagi. Hehe). Dia menangis2 (nangis mengada. Haha) bila kata transformer ada kat Subang. Saja adik cari pasal ni sebab dah penat dan ngantok kan. Jadi sudahnya, Angah bawak dia pergi Petronas nak beli robot transformer. Dah dapat robot tu, baru boleh senyum dan sembang. Haikal2 :) Haikal dapat dua robot transformer. Aku ingatkan besar robot tu, rupa2nya kecik je. Tak padan dengan harga RM15.90.

*******

Penatlah driving. Baru aku tahu perasaan orang yang drive. Selama ni jadi bos je kat belakang. Sekarang, haa rasakan. Penat tapi best (bg orang yg still gler stereng ni) :p

Okay. Entry ini ditutup dengan picture ini :)

Minggu ni kita jumpa lagi ye.
Nak jalan jauh :)



Saturday, August 8, 2009

Ngantoknya!!

Kak Eliz baru je balik. Anis dan Aina nak makan sup wan subang. Hehe. Mereka if datang sini, memang nak makan sup je. So itulah menu utama if mereka nak datang.

Haikal comel!!!

Sebenarnya aku nak bagitahu yang esok aku nak pergi Kuantan. Yeye!! Jumpa Haikal (sebab tu tiba2 ada gambar Haikal. Hehe) Rindunya kat budak tu. Aku pergi dengan ayah je sebab mama kerja esok. Dan paling utama, aku yang drive esok. Hehe. Pergi sana balik hari je. Ohh ya, pergi Kuantan sebab ada kenduri aqiqah.

Okaylah. Nak kena tidur awal malam ni. Good Night!!! Sweet dream :)

Congratulations Sue & Shah!!

Today, I went to my best friend's convocation, Sue, in UPM. Sudah lama tidak bertemu Sue. Last time jumpa dia masa aku ke Taiping 5 tahun lepas.

Kami menunggu sejam lebih jugaklah. Sementara menunggu, kami ke kedai2 yang menjual bunga sebab Aliff beriya nak cari patung yang macam pari2. Dia tengok ada sorang budak pegang, dah dia pun nak beli jugak. Hehe. Tapi tak jumpa pun patung tu, sudahnya beli patung lain. Kecewanya tengok muka Aliff bila tak jumpa patung tu. Hehe.

Bila tengok ramai2 orang sudah keluar dari dewan, kami mula mencari Sue. Akhirnya ketemu juga. Sangat happy jumpa Sue!! Lepas tu, pergi khemah berjumpa family Sue dan Shah. Sebentar je berada di sana sebab Aliff ada kerja petang ini *sebab Aliff kerja jugak, tak dapat tengok SETEM. Huhu*

Again, Congratulations for your convocation!!!

Sue

Sue adalah schoolmate aku sejak darjah 6. Kami sama2 pelajar baru di SKPT (Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera). Kenal dan terus bersama sampailah sekarang. Pergi sekolah sama2, main sama2, pergi tuisyen sama2, sampai Sue pergi dating pun aku temankan. Haha. Rindunya zaman sekolah dulu!!

Sue & Shah (Sue's bf)


Ambik gambar dengan bunga dulu :)

Sue, ingat eh. Siqah bagi lepas Sue dulu, then baru Siqah susul kemudian. You know what I mean right? Hehe. Planning :p